awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khutbah platform nasihat jemaah, galak perpaduan - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
10/11/2024
11:06 MYT
Khutbah platform nasihat jemaah, galak perpaduan - Mohd Na'im
Mohd Na'im tegaskan, peranan utama khutbah adalah untuk menyampaikan nasihat serta menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Khatib di seluruh negeri diingatkan agar khutbah dijadikan sebagai platform untuk memupuk perpaduan dalam kalangan umat Islam bukan menimbulkan perpecahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan bahawa peranan utama khutbah adalah untuk menyampaikan nasihat serta menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
"Peranan utama khutbah adalah untuk menyatu padukan umat Islam, bukan jadi pemecah belah apatah lagi menggunakan mimbar khutbah untuk memfitnah benda tidak betul" katanya kepada pemberita di sini hari ini berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai, Kedah yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China ketika menyampaikan khutbah Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas Program Santuni Komuniti Madani Peringkat Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu.
Mohd Na'im berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) melalui penguatkuasaan undang-undang boleh mengambil tindakan terhadap khatib berkenaan jika didapati memberikan khutbah tanpa tauliah yang sah.
"Seperti mana yang kita sedia maklum perkara ini berlaku di negeri Kedah, kuasa agama ini termasuklah dalam mendrafkan dan memberi khutbah itu terletak di bawah kuasa negeri.
"Oleh itu, tindakan terhadap khatib yang menyampaikan khutbah tanpa kelulusan (ta'wiyah) boleh diambil oleh pihak berkuasa agama negeri," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata jika siasatan mendapati khutbah berkenaan boleh mencetuskan ketegangan kaum, tindakan juga boleh diambil.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#khutbah
#perpaduan
#Umat Islam
#Mohd Na'im Mokhtar
#perpecahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan