awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang bihun 'menjijikan' musnah dalam kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2014
09:25 MYT
Kilang bihun 'menjijikan' musnah dalam kebakaran
Kilang bihun menjijikan musnah dalam kebakaran
Kilang bihun cap Masjid yang diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu kerana beroperasi dalam keadaan menjijikkan serta dipertikai status halalnya, musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran yang berlaku pada pukul 3 pagi di Batu 7, Jalan Ipoh itu turut memusnahkan empat lagi kilang berhampiran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai terbabit dengan operasi memadam.
Jelas Azrul, api marak dengan cepat kerana setibanya bomba dilokasi kejadian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.
Pihak bomba mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kilang bihun itu diarahkan tutup selama dua minggu sementara siasatan dilakukan, hasil daripada serbuan DBKL sebelum ini.
Pemiliknya bagaimanapun mengesyaki kejadian ini ada unsur khianat dan satu laporan polis akan dibuat.
Topic Berkaitan
#DBKL
#jijik
#kilang bihun
#status halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan