awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang bungkus semula minyak masak subsidi diserbu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/02/2021
12:07 MYT
Kilang bungkus semula minyak masak subsidi diserbu
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Perkara 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan penandaan Halal) 2011. - Gambar/ Astro AWANI
SEBERANG PERAI:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu dua kilang yang dipercayai membungkus semula minyak masak bersubsidi untuk dijual pada harga lebih mahal di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, di sini, hari ini.
Dalam serbuan dengan kerjasama polis itu, sebanyak 7,771 plastik minyak masak bersubsidi dan 617 botol minyak masak dianggarkan bernilai RM27, 000 dirampas manakala pemilik dan pekerja kilang terbabit ditahan untuk soal siasat.
Menurut Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghappar, serbuan jam 2 petang itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya sejak dua bulan lepas.
Beliau berkata siasatan mendapati kilang itu beroperasi sejak tiga tahun lepas dan membungkus semula minyak masak bersubdisi ke dalam botol sebelum diedarkan ke kedai-kedai runcit di sekitar kawasan itu.
Selain itu, premis itu juga didapati melakukan kesalahan lain iaitu membungkus bahan rempah ratus menggunakan logo halal tanpa kebenaran.
"Kita syaki mereka telah memindahkan minyak masak bersubsidi yang dibeli dengan harga RM2.50 sekilogram ke dalam botol minyak masak dua atau lima kilogram dan dijual pada harga pasaran yang tidak dikawal.
"Pihak syarikat telah ambil kesempatan susulan situasi semasa di mana harga minyak masak dunia telah meningkat dan mereka telah ambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan melakukan penyelewengan," katanya di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Perkara 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan penandaan Halal) 2011.
Topic Berkaitan
#minyak masak
#subsidi
#bungkus semula
#KPDNHEP
#pulau pinang
#diserbu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan