BUTTERWORTH: Najis tikus, lalat dan lipas ditemukan di ruang memproses pau, malah anjing peliharaan turut berada di dalam kilang yang terletak di Medan Melor, Butterworth.
Itu situasi kotor dan meloyakan yang dikesan didalam Op Tegar yang dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang pada Rabu.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, berikutan situasi tersebut pihaknya mengarahkan kilang berkenaan ditutup selama dua minggu.
Mohd Wazir berkata, premis terbabit pernah dikenakan tindakan penutupan pada 2019.
Katanya, pemilik kilang berusia 72 tahun itu didapati gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berwajib malah telah berulang kali melakukan kesalahan sama.
"Di premis kedua, kita lihat ada najis (tikus, lipas di tempat pemprosesan makanan dan tempat stor penyimpanan bahan mentah.
"Haiwan peliharaan memang dilarang (berada dalam premis pemprosesan makanan) dan hari ini kita dapati terdapat tiga ekor anjing yang berkeliaran di dalam premis makanan. Perkara ini amat mendukacitakan. Kita sudah ajar cara mengendalikan makanan tapi tak dipatuhi," ujar Mohd Wazir.
Mengulas lanjut, beliau berkata, premis berkenaan tidak layak beroperasi sebagai kilang memproses makanan kerana berada di dalam kediaman selain beroperasi tanpa lesen.
Malah, pemeriksaan juga mendapati bahan dipercayai daging khinzir yang digunakan untuk membuat inti pau dan dim sum juga diletakkan bersebelahan tandas di dalam kilang berkenaan.
"Premis ini adalah premis kediaman, iaitu memang tidak boleh beroperasi sebagai kilang. Kedua, dari sudut kebersihan makanan, setelah dibuat pemeriksaan, kita melihat kesalahan besar yang tidak sepatutnya berlaku. Itu yang saya kata memang tidak layak beroperasi untuk mengendalikan makanan," katanya.
Mohd Wazir berkata, produk berkenaan adalah untuk pasaran sekitar kedai kopi di Butterworth.
Notis perintah penutupan premis di buat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 manakala tiga kompaun turut dikenakan di bawah peraturan Peraturan 32 dan 35 Akta Makanan 1983.
Sementara itu, Mohd Wazir berkata pihaknya turut mengeluarkan lima notis kompaun ke atas sebuah kilang bebola ikan di Jalan Raja Uda, atas beberapa kesalahan.
Kilang yang sudah beroperasi selama 20 tahun itu didapati tidak mematuhi peraturan antaranya pekerja tidak memakai sarung tangan semasa memproses bebola selain tidak disuntik tifoid.
Kesemua notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 32 dan 35 (6) Akta Makanan 1983.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Op Tegar yang dijalan di Butterworth pada Rabu.
Operasi berkenaan turut disertai penguatkuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 30 2022
'Kilang' memproses makanan itu bukan sahaja didapati dalam keadaan kotor malah dijalankan dalam premis kediaman. - Astro AWANI
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kilang pau kotor diarah tutup
Masih tidak serik... premis terbabit pernah dikenakan tindakan penutupan pada 2019.