awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi

Bernama
Bernama
16/03/2024
08:48 MYT
Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi
Siasatan JAS mendapati, sebuah kilang telah melepaskan efluen berwarna biru secara terus ke longkang awam. - Foto JAS
ALOR SETAR: Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah di sini dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), selepas didapati melepaskan efluen ke longkang awam tanpa rawatan.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya yang menjalankan rondaan kira-kira pukul 5 petang, Khamis lalu di kawasan Mergong, di sini telah menemui aliran efluen berwarna biru di dalam sistem perparitan awam.
"Pegawai penyiasat yang telah menyusuri perparitan awam berkenaan telah menjumpai punca pelepasan efluen itu. Siasatan mendapati, sebuah kilang telah melepaskan efluen berwarna biru secara terus ke longkang awam dan jarak longkang yang tercemar sepanjang kira-kira 70 meter.
"Beberapa persampelan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Hasil siasatan lanjut di kilang itu pada Khamis dan semalam, kemudiannya telah mengesahkan bahawa efluen berwarna biru itu berpunca dari penggunaan pigmen biru dalam proses pembuatan dan dilepaskan secara terus tanpa dirawat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sharifah Zakian berkata kilang itu, telah diarahkan untuk menghentikan serta merta punca pencemaran yang dilakukan dan telah dikenakan tindakan POK.
Beliau berkata peralatan basuhan yang dipercayai menjadi punca kepada pencemaran itu juga telah disita dan rakaman percakapan dengan pihak kilang juga telah dibuat serta beberapa persampelan juga telah diambil untuk tindakan lanjut.
"Pelepasan efluen secara terus tanpa dirawat menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kualiti ALam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Satu notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dikeluarkan untuk kilang mengemukakan langkah pembaikan," katanya.
Sharifah Zakiah berkata pemeriksaan ulangan akan dibuat bagi verifikasi tindakan pembetulan yang diambil, sebelum kilang boleh beroperasi semula.
Beliau berkata JAS turut menyeru pihak industri untuk lebih peka dengan kehendak perundangan dan boleh merujuk kepada JAS sekiranya memerlukan nasihat.
"Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat di talian bebas tol di 1-800-88-2727 atau di http:eaduan.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang pembuatan sarung tangan
#dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan
#Jabatan Alam Sekitar
#efluen berwarna biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan