SANDAKAN:Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri di beberapa kawasan di pantai timur negeri Sabah baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah Dr Peter Lee berkata jabatan itu sedang menyiasat punca kematian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai puncanya selepas semua ujian dijalankan.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji beberapa sampel, termasuk ujian kemungkinan keracunan; dan setakat ini ujian menunjukkan sampel yang diambil tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit berjangkit.
Beliau berkata JPV mengesan kes awal kematian haiwan itu pada 28 Jan lepas semasa mengadakan mesyuarat secara dalam talian dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah, apabila dimaklumkan bahawa 14 ekor haiwan itu didapati mati di sekitar daerah Kinabatangan antara bulan Disember dan Januari lepas.
Menurutnya JPV seterusnya menubuhkan satu pasukan yang dianggotai petugas dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) bagi menyiasat perkara itu.
"Pasukan itu telah mengambil sampel daripada beberapa bangkai yang ditemui, termasuk sampel sumsum tulang bagi ujian "Polymerase Chain Reaction" (PCR) untuk ujian penyakit; serta makanan pepejal untuk ujian toksikologi.
"Bagaimanapun disebabkan hujan berterusan, dan kawasan itu mudah dinaiki air, agak sukar untuk mendapatkan sampel babi berjanggut Borneo di kawasan sama bangkai itu ditemui," katanya.
Lee turut melaporkan bahawa apa jua punca kematian haiwan itu tidak menjejaskan babi tempatan yang berada di kawasan berkenaan, namun menurutnya jabatan itu tidak memandang ringan terhadap sebarang kemungkinan, dan telah meningkatkan pemantauan haiwan itu dalam kawasan dari Kinabatangan sehingga Beluran dan Paitan.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian awal atau menyebar khabar angin yang boleh menimbulkan panik dalam masyarakat.. dan menggesa orang ramai supaya menghubungi segera Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Punca kematian babi berjanggut Borneo masih disiasat. - Foto Twitter/NatureIn_Focus

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Lebih 100 Babi Berjanggut Borneo ditemui mati disyaki akibat ASF di Sabah
Sekurang-kurangnya 100 ekor babi liar di hutan simpan Sabah, ditemukan mati sehingga hari ini disyaki akibat Demam Babi Afrika (ASF), kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga.

Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri
Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri di beberapa kawasan di pantai timur negeri Sebah baru-baru ini.