awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Champions League: Bodø/Glimt cipta kejutan besar, tewaskan Manchester City 3-1 di Arctic Circle
SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA
Rundingan FTA EU-Malaysia mampu jadi pengubah keadaan hubungan dua hala - Duta Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kira-kira 93,000 pelajar seluruh negara tiada lesen motosikal - JPJ

Bernama
Bernama
21/05/2016
11:39 MYT
Kira-kira 93,000 pelajar seluruh negara tiada lesen motosikal - JPJ
Pelajar terdedah kepada bahaya termasuk kemalangan jalan raya berikutan kurangnya pengetahuan tentang undang-undang jalan raya. - Gambar hiasan
Kira-kira 80 peratus daripada 117,000 pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tidak memiliki lesen motosikal yang sah, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob.
Beliau berkata kaji selidik bersama JPJ dan Kementerian Pendidikan mendapati hanya 20 peratus atau 23,400 pelajar memiliki lesen motosikal B2 yang sah.
"Kecenderungan menunggang motosikal tanpa lesen disebabkan faktor ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah, selain tiada perkhidmatan bas disediakan di kawasan sekolah," katanya pada sidang media selepas perasmian penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ bagi kawasan Gelang Patah di sini, hari ini.
Yusoff berkata beliau bimbang dengan situasi itu kerana pelajar terdedah kepada bahaya termasuk kemalangan jalan raya berikutan kurangnya pengetahuan tentang undang-undang jalan raya.
Menurutnya JPJ akan mempergiat kempen program MyLesen di sekolah bagi menggalakkan pelajar mendapatkan lesen motosikal yang sah.
Topic Berkaitan
#JPJ
#lesen motosikal sah
#pelajar sekolah
#Yusoff Ayob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan