Kisah cinta dua budaya. Penyatuan cinta pasangan sama cantik, sama padan, sama hebat karismanya ini ternyata sekali melambangkan keharmonian dan keunikan budaya masyarakat Malaysia. Biarpun berlainan ras dan bangsa, kuasa magnetik cinta mempertemukan dua hati antara Moots, vokalis kumpulan Pop Shuvit ataupun nama sebenarnya Murali Dharan Marimuthu dengan isterinya Vanessa Venlee Chong atau lebih mesra dengan panggilan Vanessa.
dswedcewdc.jpg
OLEH : HUDA HUSSIEN
Menyingkap detik perkenalan mereka hampir 10 tahun lalu, ujar Vanessa, “Kami berkenalan pada tahun 2004. Waktu itu saya menguruskan Vince bersama EMI selepas Vince memenangi Akademi Fantasia musim pertama,” jelasnya. Sambung Moots, “Waktu itu, saya terlibat dalam rancangan AXN Magic Show bersama Cyril dan adik Van, (Pamela Chong) juga turut sama dalam rancangan itu. Cyril mengusulkan kepada saya, apa kata saya mengajak Vanessa keluar?" Menyahut saranan rakannya, Moots sebagai lelaki sejati memberanikan diri untuk mengajak Vanessa keluar persis temu janji pertama. Namun apa yang berlaku cukup mengesankan Moots. Kata Vanessa,

“Saya tanyakan kepada Moots, sudah berapa lama tidak keluar dating? Kata Moots, lebih kurang sebulan dua juga. Lalu saya minta dia mengambil masa beberapa bulan dahulu, relaks, kemudian kalau sudah betulbetul bersedia, barulah ajak saya keluar semula,” jelasnya sambil tertawa. Moots agak terpana dengan jawapan tulus Vanessa. Ditolak! Aduh! Seperti terpukul jika difikir-fikirkan kembali betapa beraninya wanita kacukan Inggeris-Cina itu menolak pelawaan vokalis Pop Shuvit untuk bertemu janji buat kali pertama!

PENYATUAN DUA BUDAYA
“Kalau saya balik seorang diri ke rumah ibu bapa, mereka pasti bertanya, di mana Vanessa? Dan kalau sambutan Krismas pula, pasti ada sesuatu untuknya. Tidak sukar menyesuaikan diri dalam keluarga besar Vanessa biarpun berbeza adat resam, budaya dan agama, ia ditangani dengan baik. “Ibu bapa saya bermastautin agak lama di United Kingdom. Mereka berkahwin ketika bapa saya melanjutkan pelajaran peringkat sarjana. Kemudian bapa menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.

Lima tahun di sana, mendekatkan saya pada budaya masyarakat Inggeris. Memiliki ibu mertua berbangsa Inggeris itu memang takdir hidup saya." Perkahwinan campur dalam keluarga bukanlahperkara baru. Ujar Moots,

“Saya mempunyai bapa saudara yang berkahwin dengan keturunan baba nyonya, juga saudara-mara dari Pantai Timur. Ya, potret keluarga kami menyaksikan banyak percantuman cinta antara bangsa Melayu, Cina, India dan Inggeris."

Ternyata inilah bukti cinta paling agung itu mampu diraikan dengan kemuliaan, keikhlasan dan keberahian. Kerana cinta paling agung itu tidak mengenal ras. Cinta paling agung itu tidak mengenal bangsa. Cinta paling agung itu adalah bumbung bahagia, tempat dua insan