IPOH: Kebaikan insan-insan yang ditemuinya semasa melawat Malaysia lima tahun lepas membuka pintu hati seorang wanita Jepun untuk mengenali Islam dan akhirnya Kanako Wakabayashi, 28, mengucap syahadah pada pertengahan tahun lepas.
Semasa lawatan ke sini pada 2019, beliau yang ketika itu pelajar universiti kehilangan telefon di sebuah restoran di Kuala Perlis, Kangar.
Situasi itu menjadikan beliau bingung kerana sukar berkomunikasi dan telefon pintar ialah suatu keperluan baginya apatah lagi berada di negara asing.
Menurut Kanako tiada siapa pada masa itu boleh bertutur bahasa Inggeris membuatkan keadaan lebih sukar untuk meminta bantuan kecuali dengan menggunakan isyarat tangan, tetapi akhirnya, sepasang suami isteri dari kawasan itu sudi menghulurkan bantuan dan mempelawanya tinggal di rumah mereka.
"Saya jumpa keluarga yang hebat. Tetapi sebelum mereka dapat berbuat sesuatu, saya jumpa telefon saya di restoran itu dan semua yang ada di sana bertepuk tangan...
"Saya tersentuh dengan reaksi mereka, walaupun saya bukan Muslim, mereka juga tak kenal siapa saya, namun mereka tetap mesra dan baik terhadap saya.
"Selepas itu, saya mahu pulang ke KL (Kuala Lumpur) namun tiada bas atau kereta api kerana semuanya telah penuh dan masa itulah keluarga tadi mengajak saya tinggal bersama mereka," ceritanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Kanako yang berasal dari Hitachi, Jepun berkata suami isteri itu pada mulanya memberi izin untuknya menumpang semalam, bagaimanapun tiket bas atau kereta api hanya ada selepas empat hari.
Justeru, katanya keluarga itu membenarkan beliau tinggal di rumah mereka sepanjang tempoh itu sebelum beliau dapat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat pulang ke Jepun.
Setibanya di rumah, Kanako berkata dia tidak dapat melupakan apa yang dialaminya di Malaysia dan peristiwa itu antara faktor yang mendorongnya untuk mengambil tahu tentang Islam.
Empat tahun kemudian Kanako yang bekerja dengan sebuah syarikat pengusaha sukan lasak, menceburi sukan memanjat dan sentiasa mencari lokasi terbaik untuk melakukan aktiviti itu.
"Semasa lawatan ke Kuala Lumpur awal tahun lepas, rakan-rakan dari Malaysia mengesyorkan Perak terutama Ipoh kerana terdapat beberapa tempat yang membolehkan saya melakukan beberapa aktiviti seperti memanjat, berakit dan terbang kelawar (zip line)," katanya.
Kanako berkata dari situ dia mula mengenali komuniti penggemar sukan itu di Ipoh yang majoriti beragama Islam serta berpeluang menimba ilmu serba sedikit mengenai agama itu.
Satu perkara yang membuatkan beliau terpikat dengan Islam menurut Kanako adalah apabila beliau mengetahui mengapa membunuh diri dilarang oleh Islam berdasarkan al-Quran.
"Jadi apabila saya balik ke Jepun, saya pergi ke sebuah masjid di Mito dan mencari panduan tentang Islam dan orang-orang di sana melayan saya dengan baik walaupun pada masa itu saya tidak menutup aurat. Seorang wanita yang kami panggil Ruby membantu saya mengetahui lebih lanjut mengenai Islam," katanya.
Kanako terus mendalami Islam namun belum memeluk agama itu, sehinggalah suatu hari rakannya dari Malaysia yang dikenali sebagai Athirah datang melawat Jepun dan bermalam di rumahnya di Hitachi.
Menurut Kanako, ibunya yang mempunyai persepsi negatif terhadap umat Islam menyukai Athirah yang bertudung.
"Kami pergi ke masjid bersama-sama pada malam itu untuk solat, kemudian tiba-tiba saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya membaca syahadah dan saya melakukannya dengan baik. Berasal dari tempat yang tidak percaya tuhan, saya sedar saya membuat keputusan yang tidak popular tetapi saya mengikut suara hati saya," katanya.
Kanako yang kini berada di Ipoh untuk melancong turut mengambil peluang mempelajari Islam.
"Saya tinggal bersama keluarga rakan di sini di Meru. Mereka mengajar saya lebih banyak lagi mengenai Islam dan saya turut meminta bantuan daripada sumber-sumber lain yang boleh dipercayai serta seseorang yang bertauliah untuk mengajar tentang Islam. Saya akan pulang ke Jepun bulan depan," katanya.
Kali pertama berpuasa sebagai Muslim Ramadan ini, Kanako mengakui sukar sehingga beliau demam pada hari pertama dan tidak dapat menahan diri daripada berbuka lebih awal.
"Walaupun saya gagal pada hari pertama, saya tetap mahu melakukannya seperti orang Islam lain. Kawan beritahu tidak mengapa buka puasa pada hari pertama kerana saya tidak sihat, tetapi saya hanya minum air serta makan ubat sahaja.
"Sekarang, saya rasa lebih sihat dan boleh berpuasa seperti saya berlatih sebelum ini. Sebelum ini saya buat silap makan banyak ketika berbuka, tetapi sekarang saya sudah tahu bagaimana kawal keinginan makan supaya tak kembung," cerita Kanako berkongsi pengalamannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Satu perkara yang membuatkannya terpikat dengan Islam menurut Kanako adalah apabila beliau mengetahui mengapa membunuh diri dilarang oleh Islam berdasarkan al-Quran. - Foto BERNAMA
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Kisah Kanako: Hilang telefon, temui Islam
Kebaikan insan-insan yang ditemuinya semasa melawat Malaysia membuka pintu hati seorang wanita Jepun untuk mengenali Islam.
'Islam penuh dengan cinta' - Dian Sastrowardoyo dedah pernah anggap Islam agama kejam
Dian berkongsi cerita mengenai perjalanannya mengenal banyak agama sehingga akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidup.