awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#KisahIpeng: Guru kongsi kisah sayu anak murid

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/01/2016
07:53 MYT
#KisahIpeng: Guru kongsi kisah sayu anak murid
Ipeng dijaga oleh neneknya yang tidak bekerja selepas kematian ibunya, manakala bapanya pula menghilangkan diri. - Facebook/Abdul Hafiz
Baru tiga hari sekolah memulakan sesi bagi tahun 2016, ia sudah diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka. Antara yang mendapat perhatian adalah perkongsian kisah seorang murid bernama Ipeng yang diceritakan oleh gurunya sendiri.
Melalui Facebook dan Instagram, guru bernama Abdul Hafiz itu berkongsi cerita bagaimana dia pada mulanya marah dengan Ipeng yang sering memberikan alasan terlupa untuk membawa buku ke sekolah.
Namun setelah diperiksa, barulah Abdul Hafiz sedar Ipeng tidak dapat membawa buku kerana beg sekolah yang digunakan sudah terlalu lusuh dan akan terkoyak lebih teruk jika dia membawa buku.
Nama Ipeng tahun 1 Bestari.. Dijaga oleh nenek setelah kematian emaknya.. Bapanya hilang tanpa khabar berita setelah kematian isterinya.. Ketika mengajar diminta keluar buku teks tapi Ipeng cakap dia lupa bawak.. Aku maafkan.. Esok diminta perkara yg sama dan dia cakap lupa bawak walhal sudah aku pesan bawak buku hari-hari..Aku mula rasa mahu marah..tergerak hatiku mahu cek beg Ipeng nie dan bila aku mahu cek begnya Ya Allah, beg lusuh yang hampir koyak di pakai Ipeng..hanya 1 buku yang hanya mampu d bawa Ipeng selama 2 hari persekolahnya.. Kalo bawak lebih dari 1 buku kompem akan teruk koyakkan begnya dan tak boleh di pakai lagi..Ipeng,bila lagi kamu pkai beg nie?tanya ku.. Masa tadika Kemas lagi sir.. Means 2 tahun suda dia pakai beg nie.. Aku cuba menyelami kisahnya..lagi sedih.. Neneknye dahulu kerja tukang sapu sampah..tak lama dibehertikan dan tiada kerja untuk menyara cucu-cucunya..mula hari persekolahan,Ipeng meminta duit belanja tapi neneknya tiada wang untuk Ipeng sebab abang Ipeng perlu duit belanja rm2 sehari sekurangnya untuk tambang ke sekolah pergi dan balik tanpa makan..syukurlah sekolahku semua murid berhak dapat makan RMT secara percuma tapi naluri seorang budak bila tgk kawan-kawannya membeli,dia pon mahu membeli..Bila dia sedar dia tiada duit,lepas makan RMT berkeliaran la dia bermain dan berlari sama kawan yang lain sehingga masa rehat tamat supaya perasaan membeli itu tiada.. Aku panggilnya dan hulurkan duit sedikit dan terus ke kantin untuk membeli bersama rakan yang lain..dia beli kerepok 30sen jep..aku tanya kenapa x beli Apollo tu?kan banyak lagi duit tu? Kerepok nie pon da cukup cikgu, simpan untuk esok lagi katanya..dalam hatiku hanya Allah tahu tapi aku buat cool.. Aku pesannya samanya.. Ipeng jangan mintak duit sama nenek lagi ya,jangan mintak nenek belikan beg baru ya.. Nnti kita sama-sama cari beg baru ya Ipeng
A photo posted by Hafiez Daniel (@hafiezdaniell) on
Jan 4, 2016 at 7:06pm PST
Cerita Abdul Hafiz lagi, Ipeng dijaga oleh neneknya yang tidak bekerja, selepas kematian ibunya. Bapa Ipeng pula dikatakan telah menghilangkan diri selepas ibunya meninggal dunia.
Melalui perkongsian itu, nasib Ipeng mula mendapat perhatian apabila satu jawatankuasa ditubuhkan di sekolah Ipeng, SK Karakit Banggi, Kudat, Sabah.
Baru habis perbincangan bersama Guru Besar a.k.a myboss mengenai #kisahipeng..sekolah saya akan mengadakan mesyuarat khas tergempar bagi membentuk Ahli Jawatankuasa Khas selepas sesi persekolahan bagi membincangkan isu #kisahipeng ini..agenda utama mesyuarat ini adalah untuk melantik Jawatankuasa Khas dan pengaliran wang derma dan sumbangan diagihkan dengan telus..Sebenarnya #KisahIpeng adalah salah seorang daripada beratus anak pulau pedalaman yang masih senasib dengannya..selagi namanya manusia,hayat dikandung badan,saya akan terus cuba menolong selagi mampu agar nasib anak bangsa kita terbela insyaAllah..nntikan update #kisahipeng
A photo posted by Hafiez Daniel (@hafiezdaniell) on
Jan 5, 2016 at 5:11pm PST
Menurut Abdul Hafiz, jawatankuasa itu bertujuan untuk menguruskan pengaliran wang derma dan sumbangan supaya dapat diagihkan dengan telus.
Salam warga Malaysia yang prihatin dan murah hati..KISAH IPENG seperti saya postkan d dalam facebook dan instagram...
Posted by Abdul Hafiz on
Permintaan netizen yang mahu turut sama membantu juga mencetuskan idea untuk Abdul Hafiz membuka tabung khas untuk disalurkan kepada anak muridnya itu.
Topic Berkaitan
##kisahipeng
#Ipeng
#laman sosial
#Sekolah Kebangsaan Karakit Banggi
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan