awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kita sudah rasa susahnya - Raja Permaisuri Agong nasihat rakyat ambil peranan tangani COVID-19

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/10/2020
05:55 MYT
Kita sudah rasa susahnya - Raja Permaisuri Agong nasihat rakyat ambil peranan tangani COVID-19
Raja Permaisuri Agong, menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk bersama membendung penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19.
Tunku Azizah dalam titahnya menekankan sebelum ini negara telah menempuh beberapa waktu sukar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan tidak menginginkan perkara sama berulang.
“Kita sudah rasa susahnya COVID-19 terhadap kehidupan dari segi ekonomi, pergerakan, dan juga pelajaran dan COVID-19 kembali mendadak sejak kebelakangan ini.
“Kita semua mungkin mampu menjadi ‘super spreader’, kesihatan anak-anak kita penting malah semua dan situasi ketika ini pelajaran anak-anak tersekat dan pendidikan itu penting.
“Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama ambil peranan untuk kekang penularan COVID-19 dan jangan ambil lewa kita semua mainkan peranan yang penting untuk kawal ia merebak,” katanya menerusi laman rasmi Facebook Istana Negara pada Khamis.
Baginda Permaisuri bertitah sempena Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan COVID-19 di Istana Negara, yang dianjurkan atas inisiatif Raja Permaisuri Agong semalam.
Baru-baru ini, kes COVID-19 kembali catat peningkatan kepada tiga angka termasuk kemunculan beberapa kluster baharu.
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri
#Istana Negara
#COVID19
#koronavirus
#ekonomi
#kesihatan
#KKM
#perintah kawalan pergerakan
#Tunku Hajah Azizah Aminah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan