KUALA LUMPUR: Tahun 2022 merupakan tahun yang tepat untuk sektor pendidikan melaksanakan reformasi bagi memastikan sektor tersebut kembali ke landasannya setelah negara terkesan akibat isu banjir dan pandemik COVID-19.
Menurut Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, usaha reformasi ini perlu dilaksanakan segera bagi melestarikan sistem pendidikan yang lebih berkualiti.
Tambahnya, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selain daripada meneruskan agenda memastikan tiada keciciran pelajar berlaku sepanjang pandemik, isu sekolah daif di kawasan pedalaman dan juga kesesakan sekolah di bandar-bandar besar turut perlu diberi perhatian.
"Kita juga harus melakukan reformasi pendidikan kepada kurikulum kerana kurikulum yang sedia ada ini dilihat agak ketinggalan yang mungkin tidak lagi relevan untuk pelajar-pelajar yang menjadi sumber manusia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Selain itu, kita memerlukan kurikulum pendidikan yang berdaya saing dan lebih futuristik," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Jelasnya, dengan melaksanakan usaha itu ianya sekali gus dapat menyelesaikan beberapa isu termasuk beban guru, beg sekolah yang berat dan juga subjek pendidikan yang terlalu banyak di peringkat sekolah rendah sehingga menyebabkan ada pelajar yang tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Sementara itu, jelas Dr Anuar, reformasi sistem pentadbiran pendidikan negara perlu dilaksanakan agar tidak lagi terbelenggu dengan hanya mengamalkan sistem pengurusan dan pentadbiran bersifat berpusat yang diwarisi daripada sistem yang telah dibangunkan oleh penjajah sejak 64 tahun yang lalu.
"Pada masa hadapan kita memerlukan satu sistem yang disentralisasi yang lebih memberi kuasa dan memberi peluang pihak guru, pihak guru besar, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuat keputusan pengurusan pendidikan yang penting dan tidak hanya tertumpu kepada dibuat di peringkat Pusat ataupun di Putrajaya.
"Ini termasuk dapat memberikan autonomi termasuk pengambilan guru baharu, penyediaan modul-modul pembelajaran, penjadualan penutupan atau pembukaan sekolah jika berlaku sebarang masalah ataupun bencana, serta bagaimana guru-guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian dan kebolehan pelajar," katanya lagi.
Di samping itu, Dr Anuar turut menegaskan, pentingnya program latihan guru untuk dilihat semula demi memenuhi keperluan matlamat dan pendidikan di masa hadapan termasuk perlu merangkumi aspek teknologi maklumat dan cara mengendalikan psikologi pelajar ketika menghadapi sebarang masalah atau bencana yang mampu menganggu emosi atau proses pembelajaran mereka.
Katanya, inisiatif itu juga bagi melahirkan guru yang penyayang serta tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik pelajar semata-mata namun melihat kepada potensi seseorang pelajar itu dari pelbagai bidang mengikut minat, kecenderungan dan bakat yang dimiliki.
Eton Khir
Sun Jan 02 2022

Usaha reformasi ini perlu dilaksanakan segera bagi melestarikan sistem pendidikan yang lebih berkualiti kata Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM, Dr Anuar Ahmad.

Harga Komoditi naik | Inflasi makanan Malaysia dijangka meningkat
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit. MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang
Kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.

Penularan HFMD di Pahang, tiada keperluan tutup taska
Kebanyakan kes HFMD yang dikesan di negeri ini bersifat sporadik dan jumlah penularan kes di taska dan tadika masih rendah.

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan.

AWANI Ringkas: Tanah mendap: Penduduk diarah berpindah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perhimpunan WHO | PBB seru labur lebih banyak dana kepada WHO
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat global untuk melabur lebih banyak dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan keamanan dan keselamatan. Bercakap pada perhimpunan kesihatan, Guterres berkata sepanjang krisis COVID, WHO telah menjadi sumber sokongan terbuka yang teguh untuk akses vaksin yang saksama.

Teknologi Penternakan | Kolar GPS bantu kawal lembu
Penternak lembu di Sussex, selatan England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan. Syarikat Nofense UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu.

COVID-19 Negara | Penularan tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara memperlihatkan perkembangan positif sepanjang Minggu Epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya, sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kes baharu 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

#KitaReset: 2022, tahun perkasa sektor pendidikan - Dr Anuar
Tahun 2022, tahun yang tepat untuk sektor pendidikan melaksanakan reformasi bagi memastikan sektor tersebut kembali ke landasan yang tepat.

Semangat Keluarga Malaysia: JKPPH kemuka agenda reformasi sistem pendidikan
JKPPH dengan tegas memohon agar cadangan-cadangan ini dipertimbang bagi menghentikan segala krisis pendidikan yang sedang berlaku.

Negara perlu reformasi pendidikan - Anwar
Negara memerlukan reformasi pendidikan yang akan menghalang masalah besar terutama kepada generasi miskin sama ada di bandar, desa atau pedalaman.