KUALA LUMPUR: Artis Jepun, Kitaro, pemenang Anugerah Grammy dan Golden Globe yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik, bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini, anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).
STB dalam kenyataan memaklumkan festival tiga hari itu dengan tema 'Evolusi' meraikan evolusi ekspresi muzik, perpaduan yang ditemukan dalam kepelbagaian, mengangkat kebijaksanaan tradisi Orang Asli dan memupuk harmoni melangkaui sempadan.
"Bersama-sama Kitaro, artis terkenal Malaysia Datuk Zainal Abidin yang popular dengan lagu hit tiga dekadnya 'Hijau' akan turut memeriahkan RWMF tahun ini.
" Selain itu, mewakili Malaysia Timur ialah artis Sarawak Belle Sisoski, yang menggunakan platform sebagai pemuzik untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak Orang Asli, pemuliharaan alam sekitar dan muzik di Sarawak," menurut kenyataan itu.
Artis antarabangsa lain termasuk Alright Mela Meets Santoo (Pakistan/Perancis,), Bourbon Lassi (Australia/Malaysia), Imarhan (Algeria/Perancis), Krakatau Ethno (Indonesia), Nini (Taiwan/Amerika Syarikat), Rizal Hadi and Folk (Indonesia), Rhythm Rebels Featuring Selonding Bali Aga (Indonesia) dan Tribal Tide (Singapura).
Pengunjung RWMF 2024 akan turut dihiburkan dengan persembahan artis Malaysia yang lain seperti The Borneo Collective (Malaysia Timur), Adrian G (Malaysia Barat), Alena Murang (Malaysia Timur), Nisa Addina (Malaysia Timur), Salammusik (Malaysia Barat), The Colour of Sound's Malaysia (Malaysia Barat), Tuni Sundatang (Malaysia Timur) and Zarul @OurBodySound (Malaysia Barat).
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kenyataan sama berkata RWMF 2024 bukan berperanan sebagai festival muzik semata-mata; acara tersebut juga memanifestasikan tema 'Evolusi' apabila kelestarian, pelancongan bertanggungjawab dan pertukaran budaya bergabung dengan penuh harmoni.
"Kami menjangkakan mengatasi (jumlah) kehadiran RWMF 2023 bagi keseluruhan hujung minggu festival, mewujudkan platform untuk pemimpin pendapat utama, penyokong alam sekitar dan penggerak perubahan belia," katanya.
Pilihan tiket untuk RWMF 2024 memenuhi keperluan setiap peminat, daripada pas tiga hari berharga RM635 untuk dewasa yang memberikan akses kepada keseluruhan hujung minggu festival, pas sehari untuk orang dewasa yang menawarkan harga untuk pembeli terawal RM235, prajualan pada RM283 dan jualan di pintu masuk RM333.
"Kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun boleh menyertai festival dengan pas sehari berharga RM80, manakala kemasukan untuk kanak-kanak bawah tiga tahun adalah percuma. Hadiah menarik menanti pembeli tiket bagi menyokong inisiatif pelancongan bertanggungjawab dan kelestarian Sarawak," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Sharzede Datu Salleh Askor berkata RWMF sentiasa memartabatkan budaya, meraikan kemeriahan pelbagai tradisi muzik dan menjadi wira kepada suara Orang Asli dunia.
"Pada edisi ke-27 ini, kami menginjak satu langkah penting ke hadapan. Kami mengubah festival ini menjadi platform dinamik yang menyokong amalan lestari dalam pelancongan dan pemuliharaan," katanya.
RWMF 2024 akan mengetengahkan 20 persembahan, merangkumi 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara di enam benua dan 63 artis Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman web rasmi Rainforest World Music Festival 2024 di www.rwmf.net.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Kitaro, yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik, bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini. - Foto fail/Wikipedia
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
Kitaro antara artis yang akan meriahkan RWMF 2024
Artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti.