MALAYSIA
KJ, penduduk bantah projek didakwa ‘monstrous skyscraper’ di Bukit Damansara

Khairy, penduduk Bukit Damansara bantah 'monstrous skyscraper' BRDB yang didakwa bakal sesakkan Jalan Semantan, jejaskan identiti Bukit Damansara. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penduduk Bukit Damansara berhimpun di hadapan Wisma Damansara, di sini pada Sabtu, bagi menolak cadangan pembangunan semula oleh BRDB Developments Sdn Bhd, sebuah projek melibatkan pembinaan dua menara setinggi 60 tingkat dengan nisbah plot 1:9.6.
Ringkasan AI
- 200 penduduk Bukit Damansara bantah cadangan pembangunan semula oleh BRDB Developments melibatkan dua menara 60 tingkat dengan nisbah plot 1:9.6, melebihi had PTKL2040 (1:6).
- Pemaju guna insentif pembangunan semula dan TOD untuk tingkatkan nisbah plot, namun penduduk bimbang kesan trafik dan kepadatan kawasan.
- Tokoh terkenal hadir sokong bantahan, termasuk Khairy Jamaluddin, Tan Sri Nazir Razak dan Tan Sri Tony Fernandes, yang menekankan isu kesesakan Jalan Semantan dan kekurangan kajian penyuraian trafik.
“Mereka (pemaju) memiliki tiga lot tanah di kawasan ini. Apa yang mereka lakukan sekarang ialah membangunkan kira-kira sembilan ekar tanah. Pada asalnya, nisbah plot yang diberikan kepada mereka ialah 1:6.
“Tetapi mereka telah memohon untuk menaikkan nisbah tersebut — tambahan 50 peratus menjadikannya 1:9, dan kemudian ditambah lagi 0.6. Mereka mendapat kelulusan kerana lokasi mereka berhampiran dengan stesen MRT dan layak menerima insentif pembangunan berorientasikan transit (TOD).
“Buat masa ini, kami belum menerima maklumat terperinci seperti berapa banyak bangunan, tingkat atau unit yang akan dibina. Tetapi mereka telah pun menghantar permohonan rasmi untuk menaikkan nisbah plot kepada kami. Bagi kami, itu sudah cukup untuk menyuarakan kebimbangan kerana kami tidak mahu nisbah plot yang terlalu tinggi,” katanya lagi.

Kira-kira 200 penduduk Bukit Damansara berhimpun di hadapan Wisma Damansara, pada Sabtu, bagi menolak cadangan pembangunan semula oleh BRDB Developments Sdn Bhd. Projek, melibatkan pembinaan dua menara setinggi 60 tingkat dengan nisbah plot 1:9.6.
Turut hadir ialah sebilangan besar penduduk kawasan tersebut, termasuk bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; bekas Menteri Kerjaraya serta bekas Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes; dan Pengasas, Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Razak.
Untuk rekod, plot ratio atau nisbah plot merujuk kepada nisbah antara jumlah keluasan lantai bangunan yang dibenarkan dengan keluasan tanah yang tersedia.
Ia digunakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengawal kepadatan pembangunan di sesuatu kawasan.
Sebagai contoh, Jika sesebuah tanah berkeluasan 10,000 kaki persegi dan plot ratio yang dibenarkan ialah 1:6, maka pemaju hanya boleh membina bangunan dengan jumlah keluasan lantai maksimum 60,000 kaki persegi.
Media sebelum ini melaporkan, BDRB telah memilik tanah berkeluasan 7.98 ekar di kawasan tersebut, dan merancang untuk membina dua buah menara setinggi 60 tingkat, iaitu pembangunan kediaman, runcit dan ruang awam.
Di bawah insentif pembangunan semula, BDRB dilaporkan merancang untuk membina 50 peratus untuk bangunan lama melebihi 11 tingkat, 30 peratus untuk lokasi dalam zon perancangan transit, dan 30 peratus untuk komponen kediaman.
Dalam pada itu Khairy berkata, biarpun ia berada di bawah julat nisbah plot yang dibenarkan, tetapi yang lebih penting ialah kesan sebenar yang akan berlaku jika pembangunan tersebut dibenarkan — dua menara pencakar langit setinggi 60 tingkat.

Kira-kira 200 penduduk Bukit Damansara berhimpun di hadapan Wisma Damansara, pada Sabtu, bagi menolak cadangan pembangunan semula oleh BRDB Developments Sdn Bhd. Projek, melibatkan pembinaan dua menara setinggi 60 tingkat dengan nisbah plot 1:9.6.

Kira-kira 200 penduduk Bukit Damansara berhimpun di hadapan Wisma Damansara, pada Sabtu, bagi menolak cadangan pembangunan semula oleh BRDB Developments Sdn Bhd. Projek, melibatkan pembinaan dua menara setinggi 60 tingkat dengan nisbah plot 1:9.6.
“Apa yang anda fikir akan berlaku? Tak kisahlah sama ada nisbah plot itu 1:6 atau 1:9, kita semua tahu bila bangunan itu siap nanti, Jalan Semantan akan jadi lebih sesak daripada sekarang. Semua orang yang melalui kawasan ini waktu puncak tahu betapa teruknya aliran trafik.
“Sebab itulah saya nak tanya kepada DBKL, adakah mereka mempunyai kajian penyuraian trafik untuk Jalan Semantan, serta berapa banyak lagi beban yang jalan ini boleh tanggung? Bolehkan mereka jamin keadaan trafik akan kekal seperti sekarang apabila monstrous skyscraper ini siap dibina nanti?"
Khairy berkata, penduduk mengambil maklum bahawa reka bentuk infrastruktur dan jejambat di kawasan tersebut tidak optimum, dan ia akan menyebabkan satu lagi titik sesak yang serius.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami