KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengakui tidak terfikir untuk kembali menabur bakti kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden badan induk itu.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ yang juga bekas Timbalan Presiden FAM berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Katanya menjadi Presiden FAM memerlukan seseorang itu bersikap 'hands-on' dan beliau ketika ini tidak mempunyai masa dan ruang untuk menjalankan tugas tersebut.
"Disebabkan fokus yang diberikan kepada bola sepak, dia (presiden) perlu jadi seorang yang sangat 'hands on' dan mungkin terpaksa layan pengurusan harian di FAM dan mungkin saya tiada waktu dan masa buat masa ini untuk ambil peranan tersebut.
"Saya suka 'hands on' kalau saya buat kerja dan saya tiada masa, saya rasa tak adil bagi FAM untuk saya cuba nasib dalam pemilihan FAM akan datang," katanya ketika ditemui pada majlis Battle of the Reds Motivational Talk di sini, hari ini.
Sebelum ini, nama Khairy disebut-sebut sebagai calon presiden baharu FAM yang kini disandang Datuk Hamidin Mohd Amin sejak 2018 selepas timbul isu penyebaran 'surat layang' yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu.
Kongres Pemilihan FAM dijadual berlangsung tahun depan.
Pada masa sama, Khairy yang juga sebahagian daripada Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) merasakan sudah tiba masa berlakunya perubahan dalam FAM demi melihat pengurusan dan tatakelola yang lebih mantap.
Tanpa memburukkan kepimpinan sedia ada, beliau menyifatkan perubahan itu perlu demi kelangsungan kemajuan bola sepak negara secara menyeluruh untuk masa akan datang.
"Ini pandangan peribadi saya, mungkin sudah tiba masa untuk perubahan di FAM, saya rasa pengurusan yang sedia ada sudah buat kerja mereka tetapi oleh kerana kita nak melihat untuk lima hingga 10 tahun akan datang, saya rasa sudah tiba masa untuk ada peralihan di FAM," kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu.
Dalam pada itu, majlis hari ini menyaksikan kira-kira 200 peminat berpeluang melihat secara dekat dan bergambar kenangan bersama barisan legenda dua kelab Inggeris Manchester United dan Liverpool.
Dalam majlis yang berlangsung kira-kira dua jam itu, barisan legenda Manchester United yang hadir ialah Wes Brown, Dimitar Berbatov, Danny Webber dan Paul Rachubka manakala legenda Liverpool ialah John Arne Riise, Luis Garcia, Vladimir Smicer dan Steve McManaman.
Majlis itu sempena perlawanan 'Battle of the Reds' antara legenda Manchester United dan Liverpool di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Khairy Jamaluddin ketika sidang media pada Sesi bual bicara Battle of the Reds bersama para peminat di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain FAM juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.