awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2022
14:17 MYT
KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Shabudin (dua dari kanan) bertanya khabar kepada salah seorang asnaf penerima zakat pada majlis penyerahan sumbangan zakat KKAIMB di Parlimen Tasek Gelugor pada Sabtu. - Gambar KKAIMB
KUALA LUMPUR: Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga penaung KKAIMB, Datuk Shabudin Yahaya menjelaskan, daripada jumlah itu, setiap asnaf layak menerima sebanyak RM200 seorang.
"Sumbangan zakat ini adalah salah satu tanggungjawab sosial KKAIMB bagi meringankan beban asnaf serta menyerikan lagi sambutan Syawal mereka.
"Secara keseluruhannya, KKAIMB memperuntukkan sebanyak RM250,000 untuk sumbangan zakat di beberapa kawasan di seluruh negara.
"Majlis sama telah diadakan pada 30 April lalu di Tanjong Karang, Selangor yang disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu selepas majlis yang diadakan di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.
BACA: AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik
BACA: 2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz; Pengerusi Ahli Lembaga KKAIMB, Saad Ishak; Ketua Pegawai Kewangan KKAIMB, Amir Hamzah Rahmat; Ketua Pegawai Operasi KKAIMB, Azrul Nizam Akashah serta pengurusan kanan KKAIMB dan AIM.
Untuk rekod, KKAIMB adalah sebuah koperasi kredit yang ditubuhkan pada 13 Jun 1996 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan sehingga kini seramai 2,047 ahli dan modal syer sebanyak RM2.08 juta.
Perkhidmatan utama KKAIMB adalah pengurusan Tabung Khairat Hutang (TKH), pembiayaan Islam dan kemudahan kredit kepada anggota, pembekalan, hartanah dan perladangan.
AIM pula sebelum ini merangkul anugerah Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik Anugerah Islamic Finance News (IFN) bagi tahun 2020 dan 2021.
Pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu merupakan anugerah kali ketujuh dan kelapan yang diterima AIM selepas merangkul anugerah tersebut pada 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan 2019.
Topic Berkaitan
#KKAIMB
#AIM
#zakat
#syawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan