awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2022
13:14 MYT
AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik
Pengiktirafan itu diterima dalam majlis penyampaian anugerah berkenaan di sebuah hotel di sini, Rabu lalu. - AIM
KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merangkul anugerah Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik Anugerah Islamic Finance News (IFN) bagi tahun 2020 dan 2021.
Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini merupakan anugerah kali ketujuh dan kelapan yang diterima AIM selepas merangkul anugerah tersebut pada 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan 2019.
Pengiktirafan itu diterima dalam majlis penyampaian anugerah berkenaan di sebuah hotel di sini, Rabu lalu.
AIM dalam satu kenyataan menjelaskan, anugerah IFN merupakan anugerah berprestij diiktiraf dalam pasaran modal Islam di peringkat global.
"Ia juga secara tidak langsung membuktikan impak luar biasa manfaat konsep syariah yang diguna pakai oleh institusi-institusi ternama dalam pelbagai sektor di seluruh dunia," katanya.
Anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan RED Money Group/IFN, Andrew Morgan kepada Ketua Pegawai Perundangan dan Operasi AIM, Jani Izwandy Che Jan. Foto: AIM
Anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan RED Money Group/IFN, Andrew Morgan kepada Ketua Pegawai Perundangan dan Operasi AIM, Jani Izwandy Che Jan. Foto: AIM
Untuk rekod, AIM merupakan institusi yang memberi tumpuan khusus kepada pinjaman mikro untuk golongan B40 dan B50 dengan pencapaian cemerlang kadar bayar balik pinjaman melebihi 99 peratus.
Selain AIM, turut menerima anugerah ialah CIMB Investment Bank bagi kategori Bank Pelaburan Islam Terbaik; SME Bank bagi kategori SRI dan ESG; Maybank Investment bagi kategori Pelaburan Hartanah dan Bursa Malaysia bagi kategori Penyenaraian Bursa Saham Terbaik (Islamik).
Topic Berkaitan
#Amanah Ikhtiar Malaysia
#Institusi Mikrokredit
#pelaburan
#Islamik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan