ALOR SETAR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk terlibat dalam ekonomi digital melalui platform Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berpotensi memajukan ekonomi rakyat terutamanya golongan muda.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, pemikiran terhadap operasi PEDi perlu diubah daripada hanya menjadi pusat internet komuniti kepada pusat pemangkin ekonomi digital.
"Melihat keupayaan ekonomi digital memajukan ekonomi terutamanya dalam kalangan anak muda, potensi ekonomi digital ini memang sangat membantu, ada yang sebelum mereka memahami cara nak menjual secara dalam talian menggunakan aplikasi Shopee, TikTok dan sebagainya pendapatan mungkin RM600.
Tetapi setelah mereka tahu caranya, ada yang berpendapatan RM5,000 ke atas, jadi potensi sangat tinggi...sekarang ini kita melihat ramai orang suka menjual dengan TikTok secara siaran langsung contohnya, apa yang boleh kita lakukan supaya lebih ramai dapat turut serta dan hasrat saya ialah supaya lebih ramai dapat dilibatkan dalam ekonomi digital melalui PEDi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PEDi Seberang Terus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini hari ini yang turut disertai Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek.
Fahmi berkata kementeriannya juga akan meneliti kemungkinan untuk menambah baik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau melihat ada kewajaran untuk mengkaji semula gaji pengurus PEDi di seluruh negara kerana ada antara mereka telah berpengalaman sehingga 10 tahun mengurus pusat itu.
"Nak bincang dengan syarikat telekomunikasi nak bantu naikkan gaji (pengurus PEDi) sedikit. Ini yang telah saya dengar daripada ramai pengurus PEDi, kita akan bincang sebab kerjasama daripada syarikat telekomunikasi penting untuk membolehkan pengurus PEDi dapat gaji yang tinggi sikit," katanya.
Beliau berkata ia selari dengan konsep Malaysia MADANI Kerajaan Perpaduan yang mementingkan aspek manusiawi.
Dalam pada itu, Fahmi berkata KKD merancang membuka 186 PEDi baharu di seluruh negara dan daripada jumlah itu, empat PEDi akan dibuka di empat DUN di Kedah.
Menurutnya setakat ini, terdapat sebanyak 911 PEDi di seluruh negara.
"Pada masa sama saya lihat dari segi kelajuan internet di PEDi ada yang 20 Mbps (megabit sesaat), ada yang 100 Mbps.
"Jadi bersekali kejayaan pelaksanaan Program Jendela di bawah MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), saya lihat ada keperluan untuk kita bincang dengan penyedia perkhidmatan yang menguruskan PEDi untuk tingkatkan kelajuan internet di PEDi. Harapan saya rata-rata kita boleh capai dalam purata 100 Mbps," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Fahmi berkata bagi tujuan itu, pemikiran terhadap operasi PEDi perlu diubah daripada hanya menjadi pusat internet komuniti kepada pusat pemangkin ekonomi digital. -Gambar fail/Bernama
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Pesohor media sosial cari suami kaya
Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.
TikTok uji pempengaruh maya dikuasakan AI untuk jana kandungan, pengiklanan
Melalui ciri ini, pempengaruh maya yang dibangunkan dan ditawarkan kepada pengiklan boleh menghasilkan kandungan serta melakukan jualan melalui platform TikTok.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
TikTok, META perlu tingkatkan usaha pantau kandungan memudaratkan
Penyedia platform dalam talian Tiktok dan META digesa meningkatkan usaha pemantauan, susulan peningkatan kandungan dalam talian yang memudaratkan.
Pemilikan akaun media sosial beri kesan terhadap perkembangan minda kanak-kanak
Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda.
TikTok kini bayar pencipta kandungan berdasarkan nilai carian
TikTok telah memperkenalkan Creator Rewards Program yang memberi ganjaran dalam bentuk bayaran tunai kepada pencipta kandungan dengan nilai carian yang tertinggi.
Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta
Keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
TikTok kini bolehkan anda muat turun video untuk tontonan luar talian
Mengikut tetapan yang disediakan, pengguna boleh lakukan muat turun di antara 50 ke 200 video dengan masa tontonan mencapai 120 minit.