awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD harap Belanjawan 2024 perkasa rangkaian 5G negara

Bernama
Bernama
09/10/2023
22:10 MYT
KKD harap Belanjawan 2024 perkasa rangkaian 5G negara
FAHMI: Penggunaan rangkaian 5G setakat 30 Sept lepas telah mencecah 70.2 peratus kawasan berpenduduk. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, peruntukan yang dimohon kementeriannya dalam Belanjawan 2024 antara lain akan memberi fokus kepada pemerkasaan rangkaian 5G negara.
Beliau berkata, sekiranya peruntukan berkenaan diluluskan, lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dapat memanfaatkan teknologi itu.
"Salah satu aspek yang penting ialah pelaksanaan 5G serta penerimaan dan penggunaan 5G oleh (pemain) industri. Saya harap (5G) ini salah satu daripada perkara dalam pertimbangan (Belanjawan 2024) yang kita pohon, dapat diluluskan. Ini penting untuk masa depan negara.
"Penggunaan rangkaian 5G setakat 30 Sept lepas telah mencecah 70.2 peratus kawasan berpenduduk," katanya kepada pemberita selepas Sesi Town Hall Bersama Penerbit Rancangan Televisyen di Angkasapuri, di sini, malam tadi.
Sesi town hall itu dianjurkan Jabatan Penyiaran (RTM) sebagai platform untuk memahami cabaran dan isu industri penerbitan program televisyen tempatan.
Fahmi ketika berucap pada majlis itu berkata, 44 syarikat telah menerima Surat Setuju Terima (SST) bagi penerbitan dan pembekalan program televisyen Swasta Baharu dan Sambung Siri untuk siaran di RTM, tahun depan.
"Saya yakin, semua syarikat itu bersedia memulakan penerbitan dalam tempoh yang ditetapkan RTM. Sudah pasti, RTM menitikberatkan kualiti penerbitan, mesej, konsep dan idea yang relevan dengan keperluan semasa.
"Sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang melaksanakan perolehan program televisyen, RTM telah membuat penambahbaikan berkaitan tatacara perolehan," katanya.
Untuk tahun ini, kata Fahmi, pembekalan program televisyen Swasta Baharu dan Sambung Siri melibatkan 44 tajuk pelbagai kategori bersiri dengan 44 pembekal tempatan.
Beliau berkata peruntukan pembangunan dan mengurus bagi tujuan itu berjumlah hampir RM40 juta untuk memenuhi 714 jam siaran di RTM melalui empat saluran televisyen. - BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#rangkaian 5G
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan