awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD nafi buat panggilan senarai hitam

Bernama
Bernama
20/12/2022
20:40 MYT
KKD nafi buat panggilan senarai hitam
KKD menerusi kenyataan itu juga menyarankan agar orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon palsu dengan modus operandi, yang menggunakan nama KKD bagi tujuan tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Berikut penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
PRP menerusi satu kenyataan memaklumkan KKD menafikan membuat sebarang panggilan telefon kepada mana-mana pemilik nombor, yang kononnya nombor telefon pemilik berkenaan telah disenarai hitam atas perbuatan jenayah dan dikehendaki menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
KKD menerusi kenyataan itu juga menyarankan agar orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon palsu dengan modus operandi, yang menggunakan nama KKD bagi tujuan tersebut.
"Masyarakat turut dinasihatkan agar sentiasa membuat semakan kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut serta melaporkan kepada polis atau merujuk Pusat Respons Scam (Penipuan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) di talian 03-26101559, 03-26101599 atau 997 (National Response Scam Centre - NSRC) dalam masa 24 jam sekiranya disyaki menjurus kepada penipuan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita palsu
#KKD
#panggilan
#senarai hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan