KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan Menterinya Fahmi Fadzil pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), sebagaimana dilaporkan dalam media hari ini.
KKD dalam satu kenyataan di sini hari ini menegaskan garis panduan Puspal yang dikeluarkan (semakan terbaharu) bertarikh 31 Dis 2022, yang terdapat di laman web kementerian itu adalah bertujuan memudahkan dan melonggarkan syarat bagi pihak berkaitan berurusan dalam melakukan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.
"Sehubungan itu, dimaklumkan juga bahawa Menteri Komunikasi dan Digital tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan garis panduan ini seperti mana yang dilaporkan dalam media," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu sebarang maklumat lanjut berkaitan garis panduan berkenaan boleh didapati dengan melayari laman web KKD atau menghubungi Jawatankuasa Puspal (JK-Puspal) di talian 03-8911 5356.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan laporan sebuah akhbar hari ini bertajuk Stricter Rules For Foreign Concerts: A clearer dress code and no performance allowed on religious dates, yang antara lain memetik Fahmi sebagai berkata kemas kini garis panduan itu dibuat untuk melindungi sensitiviti rakyat negara ini selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk orang Islam dan bukan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

KKD menafikan Menterinya Fahmi Fadzil pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), sebagaimana dilaporkan dalam media hari ini. - Foto BERNAMA

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

KKD pertimbang penganjuran HAWANA di Sabah dan Sarawak - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan meneruskan usaha membawa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

KKD pantau, sekat video sebar ajaran sesat di media sosial
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memantau serta menyekat penyebaran sebarang video berunsur ajaran sesat termasuk dari negara jiran yang tular di media sosial.

KKD pandang serius projek sakit di bawah kementerian - Fahmi
Terdapat dua projek di bawah KKD yang menghadapi masalah itu iaitu projek membina bangunan RTM Langkawi dan projek membina bangunan RTM Bintulu, Sarawak.

KKD siasat dakwaan filem Anwar: The Untold Story disabotaj
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan berhubung filem Anwar: The Untold Story yang mula ditayangkan pada Khamis lalu, disabotaj.

Kandungan lucah: KKD cadang sesi dialog bersama penyedia platform media sosial
KKD akan adakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang.

KKD teliti keperluan pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa bidang perkhidmatan pos dalam negara.

KKD komited pastikan HKL dilengkapi 5G - Fahmi
KKD komited dalam memastikan kawasan hospital kerajaan khususnya HKL dilengkapi kemudahan rangkaian 5G yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

KKD, Sarawak sepakat isu 3R perlu ditangani sebaiknya
Kerajaan Negeri Sarawak serta Kementerian Komunikasi dan Digital sepakat bahawa isu 3R yang menyentuh kaum, agama dan institusi diraja perlu ditangani sebaiknya.

Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD
Beliau tiba di KKD di sini pada kira-kira 8.53 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian.

PEMANGKIN lonjak Malaysia sebagai hab digital pilihan ASEAN - Fahmi
Ia melibatkan sembilan sektor tumpuan dengan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion.