KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus meningkatkan usaha untuk memperkenal dan memberikan pemahaman mengenai konsep Malaysia MADANI kepada rakyat, kata Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching.
Beliau berkata KKD menerusi Jabatan Penerangan (JaPen) telah melaksanakan 32 program 'Kita MADANI' dengan penglibatan 27,170 orang serta 2,848 program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA ) di seluruh negara yang melibatkan 227,583 orang, meliputi semua kawasan parlimen termasuk 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sebanyak 4,929 hebahan daripada program 'Info On Wheels' (IOW) meliputi 19,406 lokasi dan dianggarkan hebahan itu telah disampaikan kepada 1,151,872 pendengar," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi KKD di Dewan Negara hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata dari Januari hingga 24 Sept ini, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menghasilkan lebih 480 artikel berkaitan konsep Malaysia MADANI bagi memberi penjelasan yang lebih khusus kepada rakyat.
"Bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula, saluran TV1 telah menyiarkan 2,245 bahan penyiaran berkaitan Malaysia MADANI yang disiarkan melalui pesanan khidmat masyarakat (PSA), video pendek, promo serta kapsul manakala TV2 menyiarkan sebanyak 2,067 laporan dalam pelbagai format penyiaran termasuk kapsul, PSA dan promo," katanya.
Teo berkata TV Okey pula menyediakan sebanyak 2,728 laporan Malaysia MADANI dalam kapsul, PSA, video pendek dan promo.
Beliau berkata komitmen kerajaan dalam menyampaikan pemahaman kepada rakyat turut dilaksanakan dalam bentuk laporan berita, dengan RTM menyiarkan 772 laporan berita TV serta 969 laporan berita radio dari Januari hingga September ini.
Teo berkata Radio RTM juga menyiarkan 152 kapsul dengan purata kekerapan empat kali sehari atau purata siaran 608 kali sehari di semua 34 radio milik RTM termasuk stesen radio negeri dan daerah, selain 92 program temu bual.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
KKD akan terus meningkatkan usaha memperkenal dan memberikan pemahaman mengenai konsep Malaysia MADANI kepada rakyat, kata Teo Nie Ching (foto). -Gambar fail/Bernama
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kerajaan nafi pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak libat proses rundingan
Dakwaan Gabungan Internet Asia (AIC) dalam surat terbukanya bertarikh 26 Ogos lepas bahawa pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak melibatkan proses rundingan adalah tidak benar.
Banjir: Syarikat telekomunikasi diarah pastikan menara, talian komunikasi kekal berfungsi
Syarikat telekomunikasi diarah menyediakan set janakuasa mudah alih untuk ditempatkan di menara-menara telekomunikasi yang dikenal pasti berada di kawasan sering dilanda banjir.
RUU Keselamatan Dalam Talian wajibkan 3 tanggungjawab utama, tingkat keselamatan
RUU Dalam Talian 2024 bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama termasuk menjamin keselamatan platform dan melindungi kanak-kanak.
Penyelarasan cuti di Johor tarik lebih ramai pelabur asing - Teo
Penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor diharap dapat menarik lebih ramai pelabur asing dalam usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
MCMC pantau kandungan parodi libatkan GISB - Teo
Nie Ching berkata pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.