awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW rancang bina bangunan tabika baharu di kawasan risiko banjir

Bernama
Bernama
03/01/2023
08:17 MYT
KKDW rancang bina bangunan tabika baharu di kawasan risiko banjir
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (dua, kiri) diberi taklimat banjir semasa melawat Tabika Kemas Kuala Jengal dekat sini hari ini.- Foto BERNAMA
DUNGUN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk membina bangunan baharu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang lebih bersesuaian di kawasan berisiko banjir.
Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang berkata antara yang akan dipertimbangkan adalah pembinaan bangunan yang lebih tinggi dan bertiang yang tingkat atas boleh digunakan untuk sesi pembelajaran manakala tingkat bawah dijadikan sebagai ruang santai atau pusat aktiviti tabika.
"Namun perkara ini masih dalam perancangan, kementerian masih mengenal pasti keadaan atau kawasan banjir dengan fasiliti tabika sebab tidak semua (bangunan) tabika kami miliki. Ada setengahnya kami menyewa, ada setengahnya kami menggunakan kemudahan kampung. Ini yang masih dalam penilaian semula dan pihak kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan keperluan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan pascabanjir di Tabika KEMAS Kuala Jengal, di sini hari ini.
Bagaimanapun Rubiah berkata KKDW buat masa ini sedang menumpukan usaha membaik pulih dengan segera bangunan tabika sedia ada di seluruh negara yang terjejas banjir memandangkan sesi persekolahan penggal ketiga telah bermula minggu ini.
"Setakat ini hampir semua tabika yang terjejas di seluruh negara telah selesai dibersihkan dan semuanya telah memulakan sesi persekolahan masing-masing.
"Semasa lawatan saya ke Tabika KEMAS Kuala Jengal ini, saya mendapati persediaan untuk sesi pembukaan persekolahan telah pun dibuat dengan begitu baik oleh pihak pengurusan tabika, bukan sahaja di sini malahan di kawasan-kawasan lain juga turut dilaporkan persediaan yang sama," katanya.
Ditanya mengenai kerosakan infrastruktur di bawah kendalian KKDW termasuk jalan, tabika serta bangunan lain, Rubiah berkata pihaknya masih lagi dalam proses mengenal pasti kerosakan dan jumlah kerugian yang dialami akan diketahui dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah KEMAS Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi baru-baru ini berkata 212 Tabika KEMAS terjejas di negeri-negeri terlibat banjir pada 18 Dis lepas.
Katanya jumlah tersebut termasuk 100 premis Tabika KEMAS di Terengganu dan selebihnya di Pahang dan Kelantan yang ditenggelami banjir sehingga mengakibatkan kerosakan pada alat bantu pembelajaran dan peralatan elektronik serta perabot.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#KKDW
#TABIKA
#Kedah
#banjir
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan