KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
Menterinya, Khairy Jamaluddin mendedahkan, Kerajaan Negeri Sarawak telah menyatakan permohonan agar pembukaan hospital disegerakan.
Malah, katanya ia secara tidak langsung akan mengurangkan beban ditampung HUS dalam menguruskan pesakit COVID-19 dan pesakit lain yang memerlukan perhatian pakar.
“Kita (KKM) telah menerima permintaan daripada kerajaan negeri untuk membuka Hospital Sri Aman secepat mungkin.
“Kita sedang melihat bagaimana kita hendak mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman. Ini kerana apabila hospital dibuka ia akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh HUS di Kuching,” katanya.
BACA: COVID-19: Sarawak negeri pertama beri dos penggalak - Khairy
BACA: Penyumberluaran: Sarawak diberi peruntukan tambahan RM3 juta - Khairy
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Imunisasi dan Pengurusan Pandemik COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pada Ahad.
Untuk rekod, Hospital Sri Aman yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini menelan belanja sejumlah RM192 juta melibatkan dua fasa pembinaan.
Hospital ini bakal menempatkan 108 katil dan dilengkapi peralatan perubatan pakar yang akan beroperasi sepenuhnya secara berperingkat.
Shafik Ahmad
Sun Sep 26 2021

Untuk rekod, Hospital Sri Aman yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini menelan belanja sejumlah RM192 juta melibatkan dua fasa pembinaan. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia ke arah bandar mampan berteknologi pintar
Norliza Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia

KPM kenal pasti penempatan sementara pelajar terjejas kebakaran asrama - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di ibu negara, semalam.

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
Dalam pertemuan tersebut, Nasr memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

Pelan pemulihan bantu mangsa kebakaran gas Putra Heights diumumkan minggu ini
Satu pelan pemulihan menyeluruh bagi membantu mangsa insiden letupan saluran gas di Putra Heights akan diumumkan minggu ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
ASEAN 2025 | 29 April
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Sindiket dadah antarabangsa tumpas, rampasan lebih RM82 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga beradik lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras.
Thailand masih menunggu maklum balas AS bagi tarikh rundingan
Thailand sedang menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai tarikh bagi mengadakan rundingan berhubung tarif timbal balik diumumkan Presiden Donald Trump.
Indorama bakal labur RM8.6 billion projek amonia biru di Amerika Syarikat
Langkah itu adalah sebagai sebahagian usaha meredakan rundingan tarif antara Indonesia dan Amerika Syarikat
Pasukan Prabowo diarahkan pastikan pekerja diberhentikan terima pampasan
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, merancang menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu pengangguran yang dijangka meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat.
Ho Chi Minh sambut ulang tahun ke-50 perang Vietnam
Bandaraya Ho Chi Minh dipenuhi dengan bendera dan poster sebagai persiapan menyambut ulang tahun ke-50 berakhirnya perang Vietnam. Ia bagi mengingati peristiwa bersejarah penyatuan semula Vietnam Utara dan Selatan pada tahun 1975.

KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.

Tragedi Feri Triso: Saya reda, kerana syurga buat mereka - anak mangsa
Terkejut, hilang kata namun tabah menerima berita kematian lima beradik serta seorang ibu yang sangat disayangi.

Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan di Sri Aman
Tiga termasuk dua kanak-kanak terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua lori di Sri Aman.