Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengilang kopi pracampur Green 35 yang didakwa anti racun dan boleh mengubati pelbagai penyakit yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM memandang serius isu itu dan melarang pengusaha makanan atau sebarang pihak membuat aktiviti pemasaran dengan menggunakan bahan yang merbahaya seperti bahan peluntur, racun dan seumpamanya, dalam demonstrasi produk makanan.
"Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi tujuan jualan untuk memperdaya pembeli boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983.
"KKM juga mendapati maklumat pengilang yang dinyatakan pada label produk tersebut adalah palsu di samping tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta menyalahgunakan logo sistem jaminan keselamatan makanan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menasihatkan pengguna agar tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.
Terdahulu isu seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital akibat meminum kopi yang dicampur dengan cecair peluntur akibat terpengaruh dengan video demonstrasi produk tersebut tular di media sosial. -- Bernama
Bernama
Thu Aug 16 2018
Noor Hisham berkata, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menasihatkan pengguna agar tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara, di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan pada bulan Ramadan kali ini.
KKM sita 2,135 produk makanan dakwa boleh rawat penyakit
Selain itu, 47 notis dengan nilai keseluruhan RM113,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan, yang gagal mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik daripada pasaran
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menggantung lesen AMB kilang berkenaan berkuatkuasa 28 Jun 2019.
Laksa 'pembunuh': Bakteria salmonella dikesan dalam mi laksa
Status terkini kejadian keracunan makanan di Kedah, Perak dan Selangor pada 21 Oktober 2018.
KKM ambil tindakan penguatkuasaan isu 'kopi peluntur'
KKM memandang serius isu itu dan melarang pengusaha makanan atau sebarang pihak membuat aktiviti pemasaran dengan menggunakan bahan yang merbahaya dalam demonstrasi produk makanan.
Kementerian Kesihatan siasat pengilang coklat Cadbury
Kementerian Kesihatan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya pencemaran di mana-mana bahagian dalam rantaian pengilangan produk berkenaan.