awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM belanja RM1.17 bilion tangani COVID-19

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/12/2020
04:58 MYT
KKM belanja RM1.17 bilion tangani COVID-19
Peruntukan tersebut digunakan di semua fasiliti KKM termasuk hospital, klinik kesihatan serta klinik pergigian. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebanyak RM1.17 bilion telah dibelanjakan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat 31 Oktober lalu bagi membeli peralatan, bekalan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) serta perkhidmatan lain dalam usaha mengawal pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan tersebut digunakan di semua fasiliti KKM termasuk hospital, klinik kesihatan serta klinik pergigian.
Jelas beliau lagi, sebahagian besar daripada perbelanjaan itu turut digunakan untuk pembayaran elaun khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan KKM berjumlah RM275 juta.
“Selain itu, pembelian kelengkapan perlindungan diri berjumlah RM262 juta serta pembelian reagen dan test kit serta bayaran outsource perkhidmatan makmal swasta untuk ujian saringan COVID-19 berjumlah RM210 juta.
“Jumlah ini tidak termasuk bayaran emolumen petugas kesihatan yang terlibat dalam rawatan, kawalan dan pencegahan wabak COVID-19 yang mana telah diperuntukkan di bawah peruntukan sedia ada KKM,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah perbelanjaan menangani COVID-19 sehingga 31 Oktober lalu.
Jelas beliau, perbelanjaan tersebut daripada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM1 bilion bagi menangani wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#perubatan
#ujian saringan
#Kementerian Kewangan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan