Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perbincangan untuk mewujudkan pusat penjagaan khas untuk anak-anak petugas barisan hadapan yang terlibat dalam menangani penularan pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata beliau mengambil maklum dengan keluhan para petugas barisan hadapan yang tidak dapat menghantar anak ke taman asuhan kanak-kanak (taska) berikutan ada segelintir ibu bapa lain bimbang anak-anak mereka akan terdedah dengan jangkitan COVID-19.
"Anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain-lain juga berhadapan risiko tinggi...sebab itu kerajaan menyarankan anak-anak mereka dijaga di rumah.
"Tetapi, jika ada pusat penjagaan khas dibuka untuk anak-anak petugas barisan hadapan, cadangan saya, Prosedur Standard Operasi (SOP) akan diputuskan oleh KKM dan Menteri Kesihatan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan pek juadah Aidilfitri di Hospital Taiping, di sini hari ini.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa petugas barisan hadapan dianaktirikan susulan tiada penyelesaian berhubung isu penghantaran anak-anak mereka ke taska.
"Ia tidak betul. Kerajaan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang berkorban dan membawa kejayaan dalam menangani penularan COVID-19," katanya.
Mengulas mengenai isu kelewatan gaji doktor di Hospital Sungai Buloh selama dua bulan, Noor Azmi berkata isu itu telah diselesaikan, Jumaat lalu.
"Kelewatan itu disebabkan borang lambat diterima dan borang yang perlu diisi adalah perkara biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) dan Pengarah Hospital Taiping Dr Narimah Yusof (kanan) mengucapkan terima kasih selepas majlis penyampaian 300 pek juadah Aidilfitri di Hospital Taiping di sini hari ini. - BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KKM bincang wujudkan pusat jagaan khas anak petugas barisan hadapan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perbincangan untuk mewujudkan pusat penjagaan khas untuk anak-anak petugas barisan hadapan yang terlibat dalam menangani penularan pandemik COVID-1