awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM cadang tawar kontrak 5 tahun kepada doktor pakar bersara

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
14/10/2022
00:30 MYT
KKM cadang tawar kontrak 5 tahun kepada doktor pakar bersara
Dr Noor Hisham berkata ia berikutan perkhidmatan mereka diperlukan untuk berkongsi dan menyumbangkan ilmu kepakaran kepada pegawai dan penuntut perubatan. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar penawaran kontrak selama lima tahun dapat dipertimbangkan kepada doktor-doktor pakar yang telah bersara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berikutan perkhidmatan mereka diperlukan untuk berkongsi dan menyumbangkan ilmu kepakaran kepada pegawai dan penuntut perubatan.
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung perkara tersebut.
"Jadi bila kita ada kepakaran bertambah kepakaran jadi kita nak penyampaian kepakaran kita bukan setakat hanya di hospital negeri, tetapi juga di hospital-hospital daerah.
"Sekarang ini kebanyakan hospital daerah tidak ada kepakaran ataupun pakar di situ.
"Dengan adanya pakar yang berpengalaman, mereka boleh menjadi tenaga pengajar kepada pakar yang lain atau pegawai perubatan yang lain," kata Dr Noor Hisham.
Beliau berkata kebiasaannya selepas bersara, sebahagian doktor pakar ini meneruskan khidmat di hospital kerajaan secara sesi iaitu selama 10 jam bagi tempoh seminggu.
Justeru, Dr Noor Hisham berpendapat lebih baik doktor pakar berkenaan ditawarkan lanjutan kontrak sekali gus mampu menambah baik lagi perkhidmatan kepakaran kepada rakyat.
Jelasnya, setakat ini perkara itu masih di peringkat cadangan dan berharap ia dapat dipertimbangkan, seterusnya mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, ketika ini terdapat lebih 6,000 doktor pakar di hospital seluruh negara dengan 150 hingga 200 orang akan bersara pada setiap tahun.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kontrak lima tahun
#doktor pakar yang telah bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan