awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM galak pesakit kronik dapatkan bekalan ubat secara pos - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
07/04/2020
07:11 MYT
KKM galak pesakit kronik dapatkan bekalan ubat secara pos - Dr Noor Hisham
KKM memudahkan pesakit menerima ubat menggunakan kaedah UMP sepanjang PKP. Gambar fail/ Bernama.
Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan pesakit kronik mendapatkan bekalan ubat melalui kaedah pembekalan Ubat Melalui Pos (UMP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit digalak menggunakan perkhidmatan itu kerana membolehkan ubat terus dihantar ke rumah tanpa memerlukan mereka keluar ke hospital atau klinik kesihatan.
"Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April hingga 30 Jun ini, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh KKM.
"Kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang diberikan adalah penting, justeru kita mahu memastikan bekalan ubat tidak terganggu di samping jarak sosial dikekalkan ketika PKP," katanya dalam laman Facebook beliau pada Selasa.
Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini kos penghantaran perkhidmatan UMP ialah RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran dengan kos itu ditanggung pesakit yang perlu membayar secara tunai kepada Pos Malaysia semasa menerima ubat.
"Ubat-ubatan dibekalkan melalui perkhidmatan UMP adalah seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin, pesakit disaran menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain," jelasnya.
Sementara itu, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS), beliau meminta pesakit menghubungi unit farmasi di kemudahan KKM atau tempat mereka menerima rawatan untuk didaftarkan bagi mendapatkan perkhidmatan itu.
Sebarang pertanyaan tentang ubat-ubatan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang, kecuali cuti umum). -BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Facebook
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi
#Ubat Melalui Pos
#UMP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan