awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2021
23:12 MYT
KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular
Siasatan awal mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil HACCP KKM.
PUTRAJAYA: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan mendakwa biskut itu yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.
Karsinogen ialah bahan-bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.
BKKM dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Pelaksanaan PJKM dapat mengenalpasti risiko bahaya seterusnya mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran makanan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Kata kenyataan itu, siasatan awal mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil HACCP KKM.
"Bahagian ini mengambil maklum terbitan Choice Magazine di dalam laman web Persatuan Pengguna Hong Kong berkaitan pemantauan terhadap 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong," kata kenyataan itu.
Laporan itu turut menyenaraikan dua lagi biskut terkenal yang dikilangkan di Malaysia dalam senarai tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#KKM
#kilang biskut
#karsinogen
#Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan