awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2022
09:12 MYT
KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Menteri Kesihatan, Abu Bakar pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah jangkitan COVID-19 itu berisiko kembali meningkat berikutan warga kota akan pulang menyambut hari raya di kampung mereka.
Katanya, ini merupakan tahun pertama keluarga yang ramai akan balik serentak selepas lebih dua tahun negara dilanda COVID-19.
Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan rawatan kepada pesakit.
“Ya memang betul raya ini kita jangka akan meningkat kes terutamanya bila balik nanti akan bergaul antara saudara mara, tak akan pakai pelitup muka, jadi ada risiko (kes COVID-19) naik.
“Jadi, kita KKM bersedia untuk memberi rawatan kepada mereka. Kalau gejala teruk, kita dah sedia… tapi kita memang jangkakan akan ada (peningkatan kes COVID-19),” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu.
Dalam pada itu, Khairy turut memohon golongan warga emas untuk mengambil dos penggalak bagi untuk melindungi diri mereka.
Katanya setakat ini hanya 77 peratus golongan tersebut telah menerima dos penggalak dan pihaknya mensasarkan lebih 90 peratus golongan itu akan mengambil suntikan itu.
“Saya harap sebulan dua ni dapat capai ke peringkat 90 peratus,” katanya lagi.
KJ jangka kes COVID-19 meningkat selepas sambutan Aidilfitri#AWANInews pic.twitter.com/0lMtmSQM9T
— Astro AWANI (@501Awani) April 16, 2022
Topic Berkaitan
#KKM
#kes COVID-19
#meningkat
#Hari Raya Aidilfitri
#Khairy Jamaluddin
#dos penggalak
#warga emas
#Menteri Kesihatan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan