awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kesan 13 lagi kes VOC libatkan varian Afrika Selatan, India

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2021
11:08 MYT
KKM kesan 13 lagi kes VOC libatkan varian Afrika Selatan, India
12 kes baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Selangor, dan Johor. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC) melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351 dan varian India B.1.617.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian India B.1.671 adalah sebanyak enam kes.
"12 kes baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Selangor, dan Johor.
"Satu kes baharu warganegara yang dijangkiti varian India B.1.617 (sublineage B.1.617.2) telah dikesan di Labuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Dr Noor Hisham, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan kematian yang lebih tinggi.
"Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti," jelasnya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk terus mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri di rumah atau 'PKP Kendiri' dengan penuh tanggungjawab bagi tempoh dua minggu ini.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#kadar kebolehjangkitan
#PKP
#Afrika Selatan
#India
#ujian saringan
#Kementerian Kesihatan
#varian baharu
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan