awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kesan kontak rapat mangsa COVID-19 yang berjalan kaki balik kampung

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
12:28 MYT
KKM kesan kontak rapat mangsa COVID-19 yang berjalan kaki balik kampung
KKM sedang mengesan kontak rapat kes kematian COVID-19 ke-110 semalam melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui mati di tepi jalan di Rompin, Pahang. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat kes kematian COVID-19 ke-110 semalam melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui mati di tepi jalan di Rompin, Pahang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki berkenaan dipercayai berjalan kaki dari Segamat ke Terengganu.
Kes berkenaan bagaimanapun masih dalam siasatan.
"Kematian semalam masih dalam siasatan tetapi dimaklumkan , pesakit itu telah berjalan dari Segamat dan balik ke Terengganu tetapi meninggal dunia di Rompin sebab kematian masih dalam siasatan.
"Pengesanan kontak, kita akan lakukan di Segamat, Johor. Rakannya akan disiasat seperti mana yang kita lakukan ke atas kes lain," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Dalam sidang media pada Rabu, Dr Noor Hisham mendedahkan, kes kematian ke-110 (kes ke-6743) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemui mati di Rompin, Pahang.
Keputusan ujian sampel COVID-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020 dan punca jangkitan belum dikenalpasti dan masih di dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#lelaki
#Malaysia
#mati
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Pahang
#Rompin
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan