KKM kesan lima lagi kluster baharu

Hilmi Malik
November 25, 2020 11:11 MYT
Lima lagi kluster baharu dikenal pasti meneurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster D’Bajaru, Kluster Gangsa, Kluster Batu Tujuh, Kluster Tanjung Bunga, Kluster Kerengge.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster:
Kluster D’Bajaru
- Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah.
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 11 November hasil saringan komuniti berisiko tinggi.
- Seramai 609 individu telah disaring, 90 kes lagi dikesan positif.
Kluster Gangsa
- Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor.
- Kes dilaporkan positif pada 23 November hasil saringan tempat kerja.
- Seramai 78 individu disaring, 30 kes lagi dikesan positif.
- Kes melibatkan seorang warganegara, 29 bukan wargangera.
Kluster Batu Tujuh
- Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat, Johor Bahru.
- Kes dilaporkan positif pada 22 November merupakan kes (SARI).
- Seramai 144 individu disaring, 13 kes lagi dikesan positif.
Kluster Tanjung Bunga
- Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru.
- Kes dilaporkan positif pada 21 November merupakan kes (SARI).
- Seramai 87 individu disaring, 11 kes lagi dikesan positif.
Kluster Kerengge
- Kluster ini melibatkan daerah Marang, Terengganu.
- Kes dikesan positif pada 17 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 680 individu disaring, enam kes lagi dikesan positif.
BACA: COVID-19: 970 kes baharu, empat kematian dalam tempoh 24 jam
Ikuti kemas kini COVID-19 di sini
#KKM #COVID-19 #kesihatan #Johor Bahru #Kuala Langat #Batu Pahat #koronavirus