awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM komited perangi kartel ubat dan peranti perubatan – Dr Dzulkefly

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/08/2025
12:20 MYT
KKM komited perangi kartel ubat dan peranti perubatan – Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan, ia sebagai antara punca utama kos rawatan tinggi serta akses kepada perkhidmatan kesihatan terganggu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memecahkan penguasaan kartel dalam rantaian perolehan ubat dan peranti perubatan.

Ringkasan AI
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan memecahkan kartel yang menyebabkan kos rawatan tinggi dan akses kesihatan terganggu.
  • Usaha ini adalah antara fokus utama dalam RMK-13 bagi memperkukuh sistem kesihatan negara.
  • Kerajaan juga akan pastikan sistem perolehan ubat lebih telus, elak monopoli dan manfaatkan dana untuk rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan, ia sebagai antara punca utama kos rawatan tinggi serta akses kepada perkhidmatan kesihatan terganggu.
Jelasnya, agenda itu menjadi antara tonggak paling kritikal dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan menjadi kerangka hala tuju baharu sistem kesihatan negara.
“Kita mahu pecahkan kartel yang menguasai rantaian perolehan ubat dan alat perubatan. Ia bukan sahaja melambatkan akses, malah menjadikan kos tinggi dan membebankan hospital serta pesakit,” katanya dalam sidang media di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, kerajaan akan memperkukuh sistem perolehan agar lebih telus dan kompetitif, sekali gus menghalang monopoli atau oligopoli daripada terus menguasai pasaran.
Menurutnya, langkah itu penting dalam memastikan setiap sen dana kesihatan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat, tanpa ketirisan atau manipulasi pihak berkepentingan.
RMK13 akan berteraskan lima tonggak utama, termasuk reformasi sistem pembiayaan kesihatan, peningkatan promosi dan kesedaran, memperkasa ekosistem perkhidmatan, pendigitalan sistem maklumat serta jaminan bekalan ubat dan peranti perubatan.
Tambah beliau, semua inisiatif ini akan diselaraskan dengan pelaksanaan Akta 852 dan pelbagai mekanisme penguatkuasaan lain bagi menjadikan sistem kesihatan negara lebih bersepadu dan tahan lasak.
Topic Berkaitan
#KKM
#perangi kartel ubat
#peranti perubatan
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan