awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM, mana garis panduan vape? - MEVTA

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/12/2015
11:56 MYT
KKM, mana garis panduan vape? - MEVTA
Timbalan Presiden MEVTA, Ikhbal Zakaria pada masa sama mahu Kementerian itu segera mewujudkan garis panduan penggunaan vape bagi mengelak sebarang kekeliruan. - Foto Astro AWANI
Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) merayu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar memberi peluang kepada persatuan itu untuk turut sama dalam perbincangan melibatkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape.
Timbalan Presidennya, Ikhbal Zakaria pada masa sama mahu Kementerian itu segera mewujudkan garis panduan penggunaan vape bagi mengelak sebarang kekeliruan.
"Kita tidak minta sama dengan rokok. Cuma kita kata keluar garis panduan dan kita akan ikut. Beri peluang kepada kami meniaga secara sah. Makna kata kalau KKM keluar garis panduan katakan bahawa liquid memerlukan lesen, we will apply, we will comply sebab ada kenyataan kata nikotin dalam e-cigarette tidak dikawal, tolong beritahu saya kat mana yang terkawal dalam ini (rokok)? Tidak ada tulis pun berapa miligram dalam ni," katanya dalam sidang media di Vape Junction, di sini hari ini.
BACA: Negeri Sembilan setuju haram vape, beberapa negeri akan bincang
BACA: KKM nafi dakwaan dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina
BACA: 'Jangan diskriminasi pengharaman vape dengan rokok' - Dr Najmil
Beliau menjelaskan, pihaknya sentiasa bersikap terbuka untuk membuka ruang perbincangan dengan kerajaan, namun ia agak mengecewakan apabila persatuan itu tidak pernah dijemput untuk bersama-sama memberi pandangan.
"Jadi kami merayu, beri kami peluang untuk bersuara. Ini kerana setiap kali KKM keluar kenyataan bahawa "kami telah berbincang dengan industri". Kami nak tanya mereka bincang dengan siapa? Industri mana?
"Saya berharap mereka terlibat termasuk KKM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ikut apa yang dikatakan kabinet. Kabinet suruh supaya tunggu. Ini bukan kita cakap tetapi Timbalan Menteri yang cakap. Beliau cakap kerajaan tidak akan haramkan vape, kita akan regulate (kawal)," kata beliau.
MEVTA juga kecewa berikutan industri vape di negara ini mula terjejas berikutan kenyataan-kenyataan yang bercanggah daripada pihak-pihak yang terlibat.
"Tapi bila kita nak meniaga , kita perlu lesen, bila kita apply lesen dia tak bagi dia raid. So do you think it's fair? Kita bukan meniaga dadah dan syabu, kita bukan jual benda haram."
MEVTA juga menggesa KKM mengemukakan bukti kukuh bahawa penggunaan vape adalah lebih teruk daripada rokok.
"Adakah vape lagi teruk daripada rokok? Tidak mungkin. Namun, sehingga ia benar-benar dibuktikan, saya cabar pakar-pakar KKM buktikan kepada saya," katanya.
Persatuan itu bagaimanapun masih menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penggunaan vape.
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape adalah haram selepas kajian yang dijalankan dalam pelbagai sudut seperti syariah, perubatan dan saintifik.
Topic Berkaitan
#Ikhbal Zakaria
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#mevta
#Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan