awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global

Amanz
Amanz
06/02/2026
05:45 MYT
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Valve menangguhkan pengumuman tarikh dan harga jualan Steam Machine, Steam Controller, dan Steam Frame disebabkan kekurangan komponen kritikal seperti modul RAM dan storan. -Foto Amanz
VALVE mengesahkan pengumuman tarikh serta harga jualan Steam Machine, Steam Controller dan Steam Frame ditangguhkan susulan kekurangan komponen kritikal, khususnya modul RAM dan storan yang semakin sukar diperoleh.

Ringkasan AI
  • Valve menangguhkan pengumuman tarikh dan harga jualan Steam Machine, Steam Controller, dan Steam Frame disebabkan kekurangan komponen kritikal seperti modul RAM dan storan, yang meningkatkan kos pengeluaran serta menghalang penentuan harga yang bersaing.
  • Harga jualan produk-produk tersebut dijangka lebih hampir kepada sebuah PC berbanding harga konsol seperti yang diharapkan sebelum ini.
  • Krisis komponen ini disebabkan oleh permintaan tinggi industri kecerdasan buatan yang mengakibatkan pengeluar memfokuskan kapasiti kepada pusat data, menimbulkan tekanan besar kepada pasaran komponen pengguna.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kekurangan ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat dengan mendadak dan menjejaskan kemampuan Valve menetapkan harga yang kompetitif.
Pada ketika ketiga-tiga produk itu diumumkan pada November tahun lalu, ramai berharap ia dijual pada harga setanding sebuah konsol.
Namun, Valve menjelaskan harga jualan akan lebih hampir kepada sebuah PC memandangkan kos komponen terus meningkat.
Buat masa ini, Valve belum dapat berkongsi harga rasmi, tetapi syarikat itu masih menyasarkan pelancaran pada separuh pertama 2026.
Krisis komponen ini turut dikaitkan dengan permintaan tinggi daripada industri kecerdasan buatan, yang menyebabkan pengeluar memfokuskan kapasiti kepada pusat data.
Keadaan itu memberi tekanan besar kepada pasaran komponen pengguna, termasuk pengeluar perkakasan komputer dan peranti permainan.
Valve berkata pihaknya akan berkongsi perkembangan baharu dari semasa ke semasa ketika syarikat berusaha memuktamadkan jadual penghantaran serta harga yang boleh diumumkan dengan lebih tepat. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Valve menangguhkan pengumuman tarikh dan harga jualan Steam Machine, Steam Controller, dan Steam Frame? A: Valve mengesahkan penangguhan tersebut disebabkan oleh kekurangan komponen kritikal seperti modul RAM dan storan yang sukar diperoleh, menyebabkan kos pengeluaran meningkat secara mendadak.
  • Q: Mengapa Valve menjelaskan bahawa harga jualan produk mereka akan lebih hampir kepada sebuah PC? A: Valve menjelaskan bahawa harga jualan produk mereka akan lebih hampir kepada sebuah PC kerana kos komponen terus meningkat, menyebabkan mereka sukar untuk menetapkan harga yang kompetitif seperti yang diharapkan sebelum ini.
  • Q: Apabila Valve merancang untuk melancarkan produk Steam Machine, Steam Controller, dan Steam Frame? A: Valve masih menyasarkan pelancaran produk tersebut pada separuh pertama tahun 2026, walaupun mereka belum dapat berkongsi harga rasmi pada masa ini disebabkan oleh krisis komponen yang dihadapi.

Topic Berkaitan
#Steam Machine
#Steam Controller
#Steam Frame
#kekurangan komponen kritikal
#modul RAM dan storan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan