KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha untuk memperluas pusat rawatan kanser di seluruh negara bagi memastikan akses yang saksama kepada rawatan kanser berkualiti tinggi dan penjagaan untuk pesakit barah.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kebanyakan pusat rawatan kanser terletak di bandar-bandar utama terutamanya di Lembah Klang, yang menyebabkan pesakit kanser dari pekan kecil melakukan perjalanan jauh untuk menerima rawatan.
"Ramai antara pesakit kanser perlu bertumpu (rawatan) khususnya di Kuala Lumpur, kita juga sedang melihat jangka masa panjang untuk melihat melalui pengezonan kalau ada rezeki, dan rancangan jika diperlukan pusat rawatan kanser di zon utara, timur, Sabah dan Sarawak, itu ialah pelan jangka panjangnya.
"Kalau kita lihat dari segi kos efektif ialah membina pusat rawatan kanser yang berhampiran dengan pesakit, itu yang saya lihat, kalau kita buat mengikut zon ia lebih sesuai untuk kita laksanakan," katanya selepas merasmikan "Against all odds - A Tribute" di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian maklum dengan keperluan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan fasiliti penjagaan kesihatan khususnya dalam bidang onkologi, termasuk melabur dalam teknologi maju, melatih profesional penjagaan kesihatan dan memperluas pusat rawatan kanser untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
ZALIHA-KANSER 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Saya perlu tekankan bahawa menangani cabaran kanser yang kompleks memerlukan usaha kolektif. Kita perlukan penyertaan aktif profesional penjagaan kesihatan, masyarakat awam, sektor swasta dan individu itu sendiri untuk mewujudkan respons yang komprehensif dan bersepadu," katanya.
Dalam ucapan perasmiannya, Dr Zaliha mengucapkan tahniah kepada semua bekas pesakit kanser serta penghargaannya terhadap semua profesional penjagaan kesihatan atas usaha gigih dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk kesejahteraan pesakit kanser.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan tentang penemuan lebih 43,000 pelajar sekolah didapati merokok, beliau berkata Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan di Parlimen minggu depan, sebagai langkah pencegahan mengawal budaya merokok.
"Kita akan bentangkan rang undang-undang berkenaan pada sesi Parlimen minggu depan di samping kerjasama antara agensi, kementerian dan pihak swasta (dalam membendung budaya merokok)," katanya.
Dr Zaliha berkata Kertas Putih Kesihatan juga akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kebanyakan pusat rawatan kanser terletak di bandar-bandar utama terutamanya di Lembah Klang, yang menyebabkan pesakit kanser dari pekan kecil melakukan perjalanan jauh untuk menerima rawatan. - Foto BERNAMA
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
Pendapatan penjawat awam lebih RM2,000 sebulan di bawah SSPA baharu
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu tidak terpakai untuk semua
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu melihat aspek menyeluruh dan tidak terpakai untuk semua.
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
Pemimpin kerajaan perlu akur dengan SSPA
Mana-mana pemimpin yang memegang tampuk kepimpinan negara, perlu akur bahawa penjawat awam perlu diberikan sokongan dengan menambahbaik sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA).
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.