awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM rancang kerjasama rentas agensi tangani isu kemiskinan haid

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/12/2022
04:56 MYT
KKM rancang kerjasama rentas agensi tangani isu kemiskinan haid
DR ZALIHA: Sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan dengan pemberian tuala wanita percuma di pejabat menteri dan di bangunan KKM. -Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk mengadakan kerjasama rentas agensi dan kementerian dalam menangani isu kemiskinan haid di peringkat nasional.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan dengan pemberian tuala wanita percuma di pejabat menteri dan di bangunan KKM.
"Sebelum ini saya bersama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) khusus untuk hal berkaitan kemiskinan haid, jadi saya rasa sudah tiba masanya kita bawa hal ini ke peringkat yang lebih tinggi berserta polisi.
"Sebelum ini sudah ada program kecil-kecilan, sebab itu saya mulakan di peringkat pejabat menteri dan selepas itu di seluruh bangunan kementerian.
"Dari situ, kita akan adakan kerjasama dengan agensi dan kementerian untuk melihat isu kemiskinan haid," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Perhimpunan Bulanan KKM, pada Isnin.
KKM juga akan melihat berkenaan pelaksanaan program kesedaran berkaitan kesihatan ginekologi, namun ia masih memerlukan perancangan teliti dan kerjasama antara agensi berkaitan.
Dalam ucapannya, Dr Zaliha turut menggariskan beberapa komitmen yang akan disusun dalam bentuk pelan tindakan bagi membolehkan ia dilaksanakan secara sistematik.
"Antaranya ialah peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat kerana seperti yang kita faham pencegahan adalah sama pentingnya dengan merawat.
"Kita juga akan memastikan penjagaan kesihatan wanita, kanak-kanak dan warga tua diberi keutamaan dalam sistem kesihatan primer. Ini penting kerana tidak lama lagi negara kita akan jadi negara tua.
"Kita akan turut beri keutamaan dan tumpuan khas terhadap menangani penyakit tidak berjangkit, mereformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan, khususnya melibatkan tempoh menunggu lama, pemodenan fasiliti dan waktu operasi yang lebih fleksibel," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Dr Zaliha Mustafa
#KKM
#kemiskinan haid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan