awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
Deretan kedai di Taman Medan musnah terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac

Bernama
Bernama
29/01/2026
07:03 MYT
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000. -Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 Mac depan sebagai tarikh keputusan representasi kes Kementerian Kesihatan (KKM) menyaman dua syarikat atas tuduhan menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tidak berdaftar.
Hakim Irwan Suainbon menetapkan tarikh itu selepas pegawai pendakwa KKM Dr Mohd Fikri Mohammad Fishoul memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih belum menerima apa-apa representasi daripada pihak pembelaan.
Justeru, Hakim Irwan mengarahkan pihak pembelaan untuk menyerahkan representasi mereka sebelum tarikh berkenaan.
Ketika prosiding, peguam yang mewakili syarikat RR Beaute Solution Sdn Bhd dan Akademi Latihan CTA Sdn Bhd V. Joseph berkata pihaknya mendapati terdapat dokumen yang kurang lengkap dibekalkan kepada pihak mereka termasuk dokumen rekod pesakit, borang janji temu dan baucer pembayaran.
''Kami memohon salinan dokumen-dokumen ini sebelum dapat membuat surat representasi,'' katanya dalam prosiding hari ini.
Mohd Fikri kemudian menjelaskan bahawa pihak pendakwaan tidak ada halangan untuk membekalkan serta menyerahkan dokumen seperti yang diminta oleh pihak pembelaan.
Sebelum ini media melaporkan, KKM menyaman dua syarikat berkenaan kerana didakwa menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh syarikat terbabit pada 22 Okt, 2024, kira-kira 10.15 pagi di premis di Jalan Rangoon, di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#perkhidmatan klinik perubatan swasta tidak berdaftar
#saman dua syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan