Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa menanggung kos tambahan RM1.77 juta berikutan dewan bedah di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dalam proses naik taraf masih belum siap sepenuhnya.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos tambahan itu adalah bagi menampung operasi perbelanjaan pembedahan termasuk membayar kerja lebih masa kepada petugas berikutan terpaksa menjalankan pembedahan pada hari Sabtu bagi mengatasi kesesakan pesakit menjalani pembedahan.
"Berikutan itu, kami terpaksa lanjutkan pembedahan pada Sabtu sehingga pukul 6 petang di HPP serta di Hospital Kepala Batas berbanding sebelum ini hanya hari bekerja sahaja dan KKM bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1.77 juta untuk tampung kos operasi perbelanjaan pembedahan pada hari Sabtu," katanya.
Projek naik taraf itu bermula Feb 2016 dan sepatutnya siap Feb tahun ini namun terpaksa dilanjutkan sehingga Disember ini berikutan kelewatan pihak kontraktor dan konsultan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta mendengar taklimat berhubung perkembangan projek naik taraf itu di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang Ir Shahabuddin Mohd Muhayidin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018
DZULKEFLY: Kami terpaksa lanjutkan pembedahan pada Sabtu sehingga pukul 6 petang di HPP serta di Hospital Kepala Batas. - Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Tiga dewan bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah beroperasi sepenuhnya sejak 5 Jun
Tiga dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah di Serdang telah beroperasi sepenuhnya sejak dua hari lepas.
Hospital Bera bakal dilengkapi dewan bedah - Khairy
Hospital Bera mempunyai kapasiti 40 katil dan boleh diperkembangkan hingga mampu menampung 60 katil pada masa hadapan.
Stor dewan bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun terbakar
Kejadian melibatkan kebakaran perkakas di dalam sebuah bilik stor berukuran 15x18 kaki di dalam dewan bedah di tingkat 3 hospital berkenaan.
Bayi baru lahir 3 jam dibaham anjing di dewan bedah
Polis India bertindak menutup sebuah hospital swasta dan mendakwa kakitangannya dengan tuduhan membunuh selepas seorang bayi mati dibaham anjing liar di dalam dewan bedah, kata seorang penyiasat.
KKM tanggung RM1.77 juta berikutan dewan bedah HPP belum siap
Kos tambahan itu adalah bagi menampung operasi perbelanjaan pembedahan termasuk membayar kerja lebih masa kepada petugas berikutan terpaksa menjalankan pembedahan pada hari Sabtu.