KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 93 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 bagi kes kesan tindak balas vaksinasi (AEFI), setakat semalam.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah itu, lapan permohonan diluluskan Jawatankuasa Induk KKM dan dalam proses pembayaran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melibatkan jumlah RM132,500.
"Sebanyak 78 permohonan masih dalam penilaian, daripada jumlah ini, 56 permohonan dalam penilaian Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK), manakala 22 permohonan dalam penilaian Jawatankuasa Teknikal Perubatan (JTP).
"Tujuh lagi permohonan telah ditolak kerana tidak dikategorikan sebagai AEFI serius," katanya pada sidang media yang disiarkan secara maya di Facebook KKM hari ini.
Menjelas lanjut, Khairy berkata bantuan berkenaan akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi antaranya AEFI yang berlaku dalam tempoh tiga bulan daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.
"Dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh JFK dan laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit," katanya.
Menurutnya, bagi nilai bantuan kepada individu yang terkesan AEFI ditentu berdasarkan perakuan JTP, dan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19.
Khairy berkata nilai bantuan telah ditetapkan tidak melebihi RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital, dan tidak melebihi RM500,000 sekiranya hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.
Mengenai polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat hospital KKM, beliau berkata hanya beberapa kategori pesakit boleh ditemani penjaga atau pelawat iaitu pesakit yang menghidap penyakit kritikal, memerlukan penjagaan palliatif, tenat, kurang upaya, warga emas, memerlukan bantuan komunikasi, kanak-kanak dan wanita dalam proses bersalin.
"Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19 di hospital serta memutuskan rantaian jangkitan wabak secara berterusan. Ia penting bagi melindungi pesakit, pelawat dan petugas kesihatan daripada jangkitan COVID-19, serta memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berterusan," katanya.
Khairy berkata mereka yang dibenarkan melawat dan menjaga pesakit mestilah antaranya lengkap vaksinasi COVID-19, tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 dan tidak disyaki menghidapi COVID-19.
Katanya, penjaga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu RT-PCR atau RTK Antigen dalam 72 jam sebelum masuk ke hospital dan disahkan negatif.
"Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Khairy berkata bantuan berkenaan akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
KKM terima 93 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 93 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 bagi kes kesan tindak balas vaksinasi (AEFI), setakat semalam.
8 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 dilulus
Sebanyak lapan permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 diluluskan oleh Jawatankuasa Induk dengan sejumlah RM132,500 dalam proses pembayaran.