awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM kaji internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu dimiliki

Bernama
Bernama
17/10/2015
05:26 MYT
KKMM kaji internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu dimiliki
Kerajaan juga sedang berusaha untuk menaik taraf akses internet kepada lebih ramai pengguna di kawasan luar bandar, termasuk kawasan pedalaman dan pulau di Sabah serta Sarawak, bukan hanya untuk dinikmati oleh masyarakat di bandar. - Gambar Fail
Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur lebar berkelajuan lebih tinggi yang mampu dimiliki, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata pakej permulaan bagi jalur lebar tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM) bermula pada 386 kilobit sesaat (kbps) telah dilanggan oleh 71 peratus rakyat Malaysia.
"Sungguhpun kini terdapat pakej dengan kelajuan lebih tinggi, seperti yang ditawarkan oleh Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 87 peratus daripada pelanggan memilih pakej 5Mps (megabit sesaat), dengan hampir tidak ada orang memilih pakej kelajuan melebihi 30 dan 50 MPS," katanya.
Salleh berkata sebaik infrastruktur itu dapat menampung keperluan, "kami mungkin mempertimbangkan untuk menukar pakej permulaan bagi kelajuan lebih tinggi tanpa sebarang peningkatan kos yang besar untuk mengekalkan kemampuan dan pada masa sama menawarkan kelajuan lebih tinggi.
"Kementerian saya sedang mengkaji butirannya," kata beliau dalam blognya sskeruak.blogspot.my di sini hari ini.
Salleh berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menaik taraf akses internet kepada lebih ramai pengguna di kawasan luar bandar, termasuk kawasan pedalaman dan pulau di Sabah serta Sarawak, bukan hanya untuk dinikmati oleh masyarakat di bandar.
"Saya telah meminta kementerian saya supaya memberi penekanan khas dan tumpuan terhadap pembangunan prasarana untuk memperluaskan penembusan Internet dan liputan di seluruh Malaysia," katanya.
Salleh berkata kerajaan mahu memastikan menjelang 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar serta 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar kira-kira 100 Megabit sesaat.
Topic Berkaitan
#HSBB
#KKMM
#Salleh Said Keruak
#Telekom Malaysia
#TM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan