KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merancang untuk menghasilkan lebih banyak rancangan dan filem dokumentari mengenai sejarah pemimpin negara terdahulu, yang boleh membangkit semangat patriotik kepada generasi muda.
Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usaha itu sedang dipercepatkan dengan penglibatan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), serta beberapa agensi lain.
"Sekarang kami tengah berbincang dengan Yayasan Patriotik Bangsa yang juga adalah bekas pengamal media supaya dapat menghasilkan filem dokumentari pemimpin negara terdahulu dari sejak merdeka, termasuk ucapan, penulisan, dan program terdahulu yang telah mereka lakukan supaya rakyat dapat kenang jasa mereka.
"Anak-anak muda sekarang tidak tahu jasa mereka (pemimpin negara terdahulu) seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan perkara ini harus difilemkan," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran album kompilasi 'Tinta Emas Perdana Menteri', di sini pada Khamis.
Zahidi berkata KKMM juga sedang merancang untuk menghasilkan lebih banyak program animasi berunsur patriotik, supaya penerapan cintakan negara dapat dipupuk sejak dari kecil lagi.
"Saya bimbang melihat di sosial media misalnya apabila ada kematian pemimpin, ada netizen peringkat anak-anak muda yang menulis kata-kata tidak sedap, ada juga yang mengutuk agama dan tidak menghormati raja.
"Kita tidak mahu menggunakan tindakan undang-undang, tapi lebih kepada pendidikan mengenai patriotisme," katanya.
Mengenai majlis itu, Zahidi berkata penerbitan naskah album kompilasi 'Tinta Emas Perdana Menteri' akan memberi lebih ruang untuk mengenali sisi peribadi dan ketokohan perdana-perdana menteri dari era kepimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, katanya turut dipaparkan kejayaan dan pembangunan yang dilalui Malaysia pada era pentabdiran tokoh-tokoh perdana menteri dalam mencorak kehidupan serta menjana pelbagai kemajuan serta pencapaian.
Penerbitan itu yang diusahakan oleh Yayasan Patriotik Bangsa dijangka siap sepenuhnya dan akan dilancarkan pada Mei tahun depan dengan sasaran penerbitan pertama sebanyak 500 album untuk diedarkan di beberapa institut pendidikan dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Zahidi ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Album Kompilasi 'Tinta Emas Perdana Menteri' pada Khamis. - Foto BERNAMA

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.

Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.

Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.

KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.

KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.

PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.

Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.

Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.

KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.