PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, Fahmi berkata pertukaran nama itu telah disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
"Saya ingin maklumkan secara rasminya bahawa nama kementerian ini ialah Kementerian Komunikasi dan Digital, 'The Ministry of Communications and Digital'. Ini telah disahkan oleh KSN pada pagi tadi," katanya hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohamad Mentek.
Ditanya adakah agensi-agensi yang sebelum ini diletakkan di bawah KKOM, seperti yang melibatkan kebudayaan masih kekal di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata agensi berkaitan seni dan budaya akan diletakkan di bawah kementerian lain.
PANTAU KERAJAAN BAHARU
BACA: 2,113 kandungan video di TikTok disekat sebelum dan pasca PRU15 - Fahmi Fadzil
"Mesyuarat jemaah menteri pada hari ini telah memutuskan bahawa aspek seni dan budaya itu bukan di bawah kementerian ini, tetapi mungkin pada waktu ini saya serahkan pada menteri berkenaan untuk buat pengumuman," katanya.
Mengenai Mesyuarat Kabinet pagi tadi Fahmi berkata mesyuarat berjalan dengan sangat positif dan produktif.
"Mulanya saya jangkakan mungkin tempoh mesyuarat itu lama, tetapi Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nampaknya ingin kita semua bekerja dengan pantas, kami mempunyai banyak tugas untuk dilakukan.
"Malah saya rasa beberapa isu utama ... berkaitan dengan kos sara hidup, berkait urus tadbir yang lebih baik dan juga meneliti masalah ketirisan dan aspek penjimatan yang boleh dilakukan.
"Perdana Menteri telahpun mengarahkan semua menteri untuk potongan gaji 20 peratus, tetapi lebih dari itu beliau mahu kami untuk memfokuskan dengan segera pada kerja yang kementerian boleh lakukan untuk memastikan yang kami serius dalam perkara berkaitan kos kehidupan, tadbir urus yang baik dan mengurangkan ketirisan, menjimatkan wang rakyat, itu perlu menjadi keutamaan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Ditanya jika Kebudayaan masih kekal di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata agensi berkaitan seni dan budaya akan diletakkan di bawah kementerian lain. - fotoBERNAMA

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Malaysia-Singapura tingkat kerjasama keselamatan data, ekonomi digital - Fahmi
Malaysia dan Singapura menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama aspek data, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Fahmi nafi arah RTM 'gam' tiga MB PN
Beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

Media berperanan semak dan imbang tadbir urus - Fahmi
Agensi media kerajaan dan swasta diingatkan berkhidmat demi kepentingan rakyat bukan untuk agenda tersembunyi atau kepentingan peribadi.

Fahmi harap draf pindaan Akta 709 dibentang di Parlimen tahun ini
Draf pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dalam usaha mengekang kebocoran data pengguna diharap dapat dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini.

KKD jangka umum pelaksanaan 5G ditambah baik hujung Mac ini
DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.

MCMC sekat 1.8 bilion nombor panggilan 'scam' sejak 2017 hingga 2022 - Fahmi
Perkara itu diketahui hasil pertemuan dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.

Penambahbaikan akses internet cetus 'lonjakan kuantum' ekonomi digital - Fahmi
Usaha penambahbaikan akses internet mampu mencetuskan 'lonjakan kuantum' yang dapat memaksimumkan hasil ekonomi digital negara.

Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.

Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.