awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR ambil tindakan segera kes pembantu tadbir dituduh aib pelajar 'intern'

Bernama
Bernama
27/07/2025
07:45 MYT
KKR ambil tindakan segera kes pembantu tadbir dituduh aib pelajar 'intern'
Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan penuntut wanita yang menjalani latihan industri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil maklum mengenai pertuduhan ke atas seorang penjawat awam di kementerian berkenaan di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini dua hari lepas.

Ringkasan AI
  • KKR mengambil maklum mengenai pertuduhan terhadap seorang penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan dan akan memanggil Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat bagi memastikan prosiding perundangan berjalan lancar mengikut peraturan.
  • KKR menegaskan komitmen terhadap integriti perkhidmatan awam dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang menjejaskan imej organisasi, serta terus melaksanakan program pencegahan dan kesedaran dalaman.
  • Penjawat awam terbabit, seorang pembantu tadbir, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan penuntut wanita dan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

KKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai langkah segera, Lembaga Tatatertib kementerian itu akan bersidang dalam masa terdekat bagi memastikan prosiding perundangan dapat dijalankan tanpa gangguan dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"KKR tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan tatakelakuan yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam dan organisasi. Daripada aspek kawalan dalaman, KKR sentiasa melaksanakan program kesedaran, pendidikan dan intervensi bagi tujuan mencegah perlakuan sedemikian.
"KKR komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, profesional, kondusif dan bebas daripada sebarang bentuk gangguan," menurut kenyataan itu.
KKR memaklumkan bagi menghormati proses mahkamah yang sedang berjalan dan menjaga hak semua yang terlibat, pihaknya tidak akan mengulas mengenai kes berkenaan sehingga keputusan perundangan dimuktamadkan.
Pada 25 Julai lepas, media melaporkan seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan penuntut wanita di sebuah institusi pengajian tinggi yang sedang menjalani latihan industri, tiga bulan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aib pelajar intern
#pelajar praktikal
#KKR
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan