KUALA LUMPUR : Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik yang dialami pengguna di kawasan itu.
Menurut Menteri Kanannya, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebahagian cadangan telah diluluskan, manakala sebahagian lagi masih dalam proses.
"Sememangnya musim perayaan khususnya di luar Lembah Klang sesak, bagi cadangan baharu yang sedang kita kemukakan sekarang ini yang telah dikemukakan oleh pihak swasta dan kita sedang meneliti termasuk yang dalam kawasan Lembah Klang ini.
"Kita juga sedang meneliti ada sebahagiannya yang telah diluluskan dan diharapkan dengan kelulusan ini nanti mereka patuhi segala keperluan dan syarat ditetapkan.
"Kalau dibina nanti diharap hubungan, jalinan nanti antara jalan dalam Wilayah Persekutuan khususnya atau pun sekitar Lembah Klang dan keseluruhannya di dalam Malaysia ini akan ditambah baik," jelasnya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka KKR di ibu negara pada Isnin.
Tambah Fadillah, meskipun cadangan tersebut dilihat memberi alternatif kepada pengguna, namun beliau tidak memberi jaminan ianya akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik terutama di Lembah Klang.
"Untuk mengatakan ianya menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya saya tidak boleh memberi jaminan, sebab kadar peningkatan kenderaan di Malaysia semakin meningkat.
"Walaupun jalan sudah ada, kalau kenderaan makin meningkat mungkin jalan sedia ada (lebuh raya baharu) tidak dapat menampung, sebab itu di peringkat kerajaan kita buat juga pengangkutan awam MRT, LRT, ini sebahagiannya untuk memastikan bahawa pengangkutan awam menjadi pilihan kepada rakyat.
"Kalau ada 60 peratus mengguna jalan raya, 40 peratus lagi guna pengangkutan awam ianya akan dapat mengimbangi dengan peningkatan kenderaan, insyaAllah ia juga dapat mengurangkan kesesakan jalan," katanya lagi.
Mengulas lanjut jelas Fadillah, sebarang penambahbaikan mahupun pembinaan jalan raya atau lebuh raya baharu akan mengikut Pelan Pembangunan Jalinan Lebuh Raya yang dikaji setiap lima tahun.
"Kalau kita lihat kita ada laluan dalam bulatan, laluan luar dan laluan tengah. Sekarang apa yang kita perlu ialah mengikut Highway Network Development Plan yang telah dibangunkan dan dikaji setiap lima tahun.
"Ibarat rim basikal itu kan ada bahagian spoke, bahagian ini yang kita perlu hubungkan supaya kalau ada kesesakan trafik, kita ada laluan alternatif ke lebuh raya lain.
"Ini yang sedang dikaji oleh kita dan keutamaan akan diberikan kepada perkara-perkara tersebut," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon May 23 2022

Fadillah berkata sebahagian cadangan telah diluluskan, manakala sebahagian lagi masih dalam proses. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Kerajaan bincang atasi masalah kontraktor Melayu - Mustapa
Kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan masalah hampir 50,000 kontraktor Melayu yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor.

Lapor segera jalan rosak kepada KKR - Fadillah
Fadillah berkata respons daripada pengguna jalan raya amat penting agar isu dapat ditangani dengan berkesan.

Jelajah Roadpedia KKR menelusuri 786km Lebuhraya Pan Borneo bermula hari ini
Program tiga hari itu akan menelusuri lebuh raya itu sehingga ke destinasi akhir di Miri, pada 11 Jun 2022.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Dakwaan pengguna lebuh raya perlu bayar tol selama-lamanya tidak wujud - KKR
Dakwaan kemungkinan pengguna lebuh raya akan membayar tol selama-lamanya berikutan penstrukturan empat syarikat dan pelanjutan tempoh konsesi tidak wujud sama sekali, menurut KKR.

Kementerian Kerja Raya kendali 23 projek di zon utara bernilai RM2.2 bilion
Ia merangkumi projek bernilai RM731.7 juta di Pulau Pinang, RM675.5 juta di Kedah, dan RM805.5 juta di Perak.

Kerajaan arah PLUS, Touch 'n Go kemuka justifikasi harga pelekat RFID
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya kemudian akan melakukan penilaian terhadap perincian kos sebenar pelekat RFID tersebut.

PLUS laksana transaksi tol guna RFID bermula 15 Jan depan
Menurut KKR, transaksi tol menggunakan RFID adalah langkah kementerian itu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di plaza tol.

Kempen Kita Jaga Jalan Kita galak penjagaan infrastruktur awam
Kerajaan memerlukan kerjasama orang ramai dalam membantu memastikan segala infrastruktur awam yang disediakan dipelihara dan dijaga dengan baik.

Saringan ketat buat kontraktor penyiap projek 'sakit' - Fadillah
Pemilihan kontraktor penyiap bagi menyelamatkan projek 'sakit' yang lewat pembinaan atau gagal siap mengikut jadual dilakukan melalui proses saringan ketat oleh Kementerian Kerja Raya.