awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR terima 1,000 aduan menerusi MYJalan

Bernama
Bernama
05/09/2023
11:53 MYT
KKR terima 1,000 aduan menerusi MYJalan
Abdul Rahman berkata aplikasi aduan berkaitan kerosakan jalan raya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. - Gambar fail
PADANG BESAR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata aplikasi aduan berkaitan kerosakan jalan raya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, namun sebahagian besar aduan tersebut bukan melibatkan jalan milik atau di bawah penyelenggaraan KKR.
"KKR tetap membantu menyalurkan aduan tersebut ke pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Padang Besar di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan (KKM) Zairi Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya-Sektor Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Badioezaman Ab. Khalik dan Pengarah JKR Perlis Mohd Shahril Mohd Said.
Abdul Rahman berkata tidak dinafikan ramai yang menuding jari kepada JKR apabila berlaku kerosakan jalan raya seperti kontraktor menebuk jalan bagi membaiki kerosakan paip, sedangkan ia berlaku bukan di jalan milik atau di bawah selenggaraan JKR.
"Jadi saya minta pihak terlibat segera membaiki jalan tersebut agar tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya," katanya.
KKR sebelum ini melancarkan kempen MYJalan yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan raya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata Klinik Kesihatan Padang Besar yang bernilai RM24.3 juta akan memulakan operasi pada 25 Sept ini.
Menurutnya klinik yang dibina di atas tanah berkeluasan 0.18 hektar itu mampu menampung sekitar 300 hingga 400 pesakit pada satu masa.
"Projek ini diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 untuk memenuhi keperluan kesihatan penduduk sekitar dan menampung pertumbuhan populasi yang tinggi sejajar dengan pembangunan sosioekonomi di sekitar kawasan ini," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#MYJalan
#aduan jalan rosak
#Abdul Rahman Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan