KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,435 ialah aduan berkenaan jalan seliaan KKR dan 4,005 adalah di bawah tanggungjawab pihak berwajib yang lain.
"Menerusi Belanjawan 2024, KKR bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.8 bilion yang disediakan untuk menyelenggara jalan raya dan jambatan di laluan Jalan Persekutuan selari hasrat KKR untuk terus memperkasakan kempen MYJalan," katanya ketika berucap pada Anugerah Media Pembinaan (AMP) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2023 di sini pada Isnin.
Sementara itu, beliau berkata kaedah Tongue and Groove Shaped Concrete Drain Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu inovasi bagi kerja-kerja pemasangan longkang lebih berkualiti dan efektif telah diguna pakai di 35 projek JKR terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
"Selain itu, pemerhatian turut diberikan untuk Smart Traffic Light yang dilengkapi dengan kamera pintar (kecerdasan buatan) di persimpangan jalan yang terpilih di seluruh negara terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai," katanya.
Dalam pada itu, Nanta berkata KKR telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa bagi inovasi teknologi iSupervision daripada JKR.
"KKR amat komited dalam melaksanakan inovasi berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sistem ini (iSupervision) telah diguna pakai di empat projek hospital dengan keberhasilan pengawasan secara IoT (Internet benda) yang lebih cekap, tanpa kaedah manual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
![KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701706929_TBAlexanderNantaLin.jpg)
Nanta berucap pada Malam Media Kementerian Kerja Raya dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 di WTC pada malam Isnin. - Gambar Bernama
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714003162_JalanTurap.jpg)
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
![Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712041673_TBKKRjpg.jpg)
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
![KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656998972_TBLOGO.jpg)
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
![Siri Jelajah MYJalan KKR akan dilancar, Johor jadi negeri pertama Siri Jelajah MYJalan KKR akan dilancar, Johor jadi negeri pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708427755_MenurutMenteriBesa.jpg)
Siri Jelajah MYJalan KKR akan dilancar, Johor jadi negeri pertama
Program jelajah berkenaan akan bermula di Johor selepas pihaknya menerima pelawaan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz sendiri.
![KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702382417_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
![KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701706929_TBAlexanderNantaLin.jpg)
KKR terima 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 5,440 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 24 Ogos hingga 30 Nov lepas.
![Aduan menerusi kempen MYJalan dijadikan data induk - Alexander Aduan menerusi kempen MYJalan dijadikan data induk - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701332061_BangunanParlimen.jpg)
Aduan menerusi kempen MYJalan dijadikan data induk - Alexander
Data yang dikumpul menerusi aduan Kempen MYJalan dijadikan sebagai data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di negara ini, kata Menteri Kerja Raya.
![KKR akan perkenal Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar - Nanta KKR akan perkenal Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698921320_KKR.jpg)
KKR akan perkenal Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperkenalkan Program 'Sandbox' Infrastruktur Jalan Pintar di jalan seluruh negara di bawah Kempen MYJalan.
![3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt 3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698753885_BangunanParlimen.jpg)
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
![KKR terima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan menerusi MYJalan - Nanta KKR terima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan menerusi MYJalan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695288379_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR terima lebih 10 kali ganda aduan kerosakan jalan menerusi MYJalan - Nanta
Aduan kerosakan jalan raya diterima Kementerian Kerja Raya menerusi aplikasi MYJalan sejak dilancarkan Ogos lalu meningkat 10 kali ganda.