awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR usul hadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu

Bernama
Bernama
18/06/2023
14:45 MYT
KKR usul hadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata cadangan itu dikemukakan, berikutan berlaku lambakan kontraktor G1 hingga G7 di negara ini berbanding tawaran kerja yang agak terhad. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kementerian Kerja Raya Malaysia akan mengusulkan cadangan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kepada Kementerian Kewangan (MOF), supaya mengehadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata cadangan itu dikemukakan, berikutan berlaku lambakan kontraktor G1 hingga G7 di negara ini berbanding tawaran kerja yang agak terhad.
"Dianggarkan terdapat lebih 160,000 kontraktor kelas G1 hingga G7 ketika ini, daripada jumlah itu 46,000 kontraktor untuk kelas G1 sahaja.
"PKMM juga memohon langkah pemutihan dilakukan bagi mengenal pasti kontraktor bermasalah. Saya berpendapat pandangan mereka baik dan kita akan cuba usulkan, supaya cadangan ini dipertimbangkan Kementerian Kewangan selain beberapa perkara berbangkit yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kelantan, di sini hari ini, yang turut dihadiri Yang Dipertua PKMM Kelantan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata kerajaan menyediakan peruntukan kira-kira RM99 bilion untuk sektor pembinaan tahun ini.
Bagaimanapun katanya berlaku persaingan mendapatkan projek yang begitu ketara antara kontraktor, kerana terlalu banyak lesen yang dikeluarkan sebelum ini.
"Kita bimbang ada kontraktor yang sudah begitu lama tidak mendapat projek khususnya G7, sedangkan mereka mempunyai kakitangan yang ramai, mesin dan kos lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kerja Raya
#hadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu
#PKMM
#Abdul Rahman Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan